Kenapa wanita masih 'stay' dalam hubungan yang toksik?

Oleh: Siti Nur Ain

Menjadi lumrah ketika di dalam hubungan terjadi pergaduhan atau pertengkaran, kerana itu adalah proses pengenalan. Di situlah kita akan mengenali dan mengetahui sedikit sebanyak sikap pasangan. Tetapi bagaimana pulak jika pasangan anda seorang lelaki dayus?

Pada zaman ini ramai wanita yang masih lagi meneruskan hubungan walaupun lelaki itu telah berperilaku kasar. Pasti anda tertanya mengapa wanita itu masih lagi meneruskan hubungannya, di bawah ini boleh menjadi sebab mengapa wanita itu bertahan.

1. Mengharapkan lelaki itu berubah

Perasaan sayang yang terlampau tinggi membuatkan wanita rela memberikan banyak peluang agar lelaki dapat berubah. Tidak kira lelaki itu telah memperlakukannya dengan sangat kasar, dia tetap terus sabar menanti. Mungkin juga kerana telah bertahun kenal sehingga wanita itu yakin bahawa suatu hari lelaki itu akan berubah menjadi lebih baik.

2. Diugut

Terkadang mereka bertahan bukan di atas keinginan mereka. Tetapi lebih kepada dipaksa kerana diugut seperti lelaki itu akan melukai keluarga, atau insan di sekeliling jika wanita itu meninggalkannya. Mereka akhirnya tiada pilihan selain bertahan, kerana tidak mahu lelaki itu melakukan perkara sama kepada keluarganya.

3. Termakan budi

Jika sudah termakan budi, maka akan di ingat sampai bila-bila. Begitu juga bagi mereka yang sudah termakan budi lelaki itu contohnya pernah ditolong ketika dalam kesusahan. Sehingga apabila ingin meninggalkan lelaki tersebut, lelaki itu akan mengungkit semua kebaikan yang telah dia lakukan.

4. Terlampau sayang

Cinta itu membutakan begitu juga dengan wanita yang terlalu mencintai pasangannya. Dia tidak kisah ketika pasangan sampai melukainya kerana terlampau sayang. Perasaan itu lah yang membuatkan wanita itu tidak sanggup meninggalkan pasangannya.

5. Berhenti memberi harapan

Andai telah memberikan banyak peluang, tetapi lelaki itu tetap meneruskan sikapnya. Berhentilah mengharap dia akan berubah kerana sikap tidak dapat diubah dengan mudah. Selain terus menunggu mengharap, lebih baik meneruskan kehidupan.

Setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian. Pilihan di tangan wanita itu sama ada ingin meneruskan hubungan tersebut atau berhenti, kerana kesannya juga akan berakibat kepada anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen