Sengaja uji kesabaran pasangan, ibu tunggal temui lelaki yang bersungguh untuk dirinya

Oleh: Zuzu Yasmine

Hubungan lalu kadang-kala banyak memberi pengajaran dalam hidup, sehinggakan ada yang bimbang dikecewakan lagi walaupun dengan orang yang baru. Tapi bila dah kata jodoh bersama, tutuplah hati serapat manapun tentu akan terbuka juga satu hari nanti.

Itulah yang dilalui oleh wanita ini apabila dia ditakdirkan untuk berkahwin lagi sekali dengan jejaka yang betul-betul tidak kenal erti putus asa untuk mendapatkan cinta dan kasih sayang darinya.




Jual mahal kerana takut terluka lagi

Menerusi perkongsian di Facebook Puan Niez Hunny Hashim, dia berjumpa dengan suaminya di salah satu laman mencari jodoh di Facebook yang pada mulanya dia tidak melayan. Tapi sudah dinamakan berjodoh akhirnya dia membuka pintu hatinya untuk jejaka yang tak pernah kenal erti mengalah itu.


Mengimbau kembali saat awal perkenalan dengan suaminya empat tahun lepas, ibu tunggal kepada dua orang anak ini, mengakui pada mulanya dia agak jual mahal kerana bimbang jika dikecewakan buat kali kedua.

Bukan itu saja, Nieza juga dengan sengaja membalas lambat segala mesej yang dihantar oleh lelaki tersebut bernama Hafiz Hamzah. Dia lakukan semua itu dengan alasan untuk menguji tahap kesabaran lelaki tersebut.



Usaha dan keikhlasan membuka pintu hati untuk terima

Tidak hanya itu saja, dia juga telah mencabar lelaki itu untuk berjumpa dengannya dan sekaligus berjumpa ahli keluarganya. Lebih menyentuhkan hatinya, lelaki tersebut dikatakan sanggup datang ke Penang setiap bulan dengan hanya menaiki motosikal saja.




Disatukan pada 24 Oktober lalu, dia bersyukur kerana lelaki tersebut menerima dirinya seadanya sekaligus terima anak dan juga keluarganya.

Dikesempatan itu juga dia memohon doa ramai agar perkahwinannya kali ini kekal hingga ke syurga.

Kisahnya ini sememangnya memberi inspirasi kepada mereka yang sedang kecewa. Perlu tahu bahawa setiap orang berhak untuk hidup bahagia walaupun dengan peluang kedua, malah jangan sia-siakan seseorang yang betul-betul ikhlas menerima diri seadanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen