"Ramai yang mendoakan..." - Doa Neelofa tentang jodoh dimakbulkan?

Oleh: Zuzu Yasmine

Beberapa hari ini masih hangat diperkatakan akan berita gembira di mana pengacara dan usahawan terkenal Neelofa dipercayai sudah dirisik oleh pendakwah PU Riz. Malah, khabar gembira ini nampaknya diterima baik oleh semua peminatnya.


Menerusi akaun Instagram rasmi saluran televisyen Naura, @naurashares berkongsi satu doa yang dibaca oleh Neelofa sendiri.

Sebak setiap kali baca doa ini

Dalam doa tersebut, Neelofa berdoa supaya dikurniakan pasangan yang bukan hanya boleh membahagiakannya, tetapi seluruh umat Islam.

Rakaman suara berdurasi 57 saat itu juga terdengar suara Neelofa yang sebak dan sukar mengungkapkan doa yang sentiasa dipohon daripada Allah SWT.



Tak mampu nak menonton kembali

Dikesempatan itu juga, Neelofa turut berkongsi semula perkongsian doa itu malah menyatakan bahawa dia sukar untuk mendengar rakaman video itu kerana akan mengalirkan air mata semula.

"Saya tak mampu untuk menonton video di Naura Shares. Mesti rasa nak menangis semula," tulisnya.

Perkongsian naura itu mendapat perhatian ramai peminat Neelofa yang rata-rata menyatakan bahawa Neelofa telah menemui seseorang yang diimpikan selama ini.

Ahad lalu, Neelofa dikatakan sudah dirisik pelakon dan pendakwah, PU Riz atau nama sebenarnya Hariz Ismail dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga selebriti dan ahli perniagaan itu.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen