Bila dah tiada 'rasa' dalam hubungan, putuslah dengan cara yang terbaik

Pada awal perkenalan semuanya terasa indah. Setiap yang dilakukan adalah ingin mencipta kenangan yang baik-baik sahaja. Namun, apabila hubungan tidak lagi mampu dipertahankan dan rasa cinta sudah semakin pudar hanya kata putus sahaja yang ingin diungkapkan.


Oleh itu, sebagai seorang lelaki anda perlu bersikap 'gentleman' walaupun ingin memutuskan hubungan. Berikut merupakan perkara yang perlu anda lakukan dalam menyatakan hasrat anda.


1. Jangan tinggalkan secara tiba-tiba


Memutuskan hubungan bukanlah mudah namun sebagai lelaki yang budiman, janganlah meninggalkan wanita tanpa keputusan yang jelas. Sekiranya perasaan sayang telah menghilang, maka lebih baik berterus terang daripada mengantungkan hubungan.

 


2. Berikan penjelasan yang munasabah


Perkara ini kelihatan agak kejam namun jika benar tidak lagi ingin bersama, jelaskan kepada kekasih anda mengapa hubungan anda tidak boleh diteruskan. Gunakanlah nada yang baik dan perkataan yang elok bukan mencarut dan menghinanya. Bagi pihak wanita, tetaplah mengawal emosi di hadapannya agar tidak terjadi pergaduhan yang memalukan.

 


3. Jangan guna orang tengah


Perhatian kepada lelaki yang ingin memutuskan hubungan anda diharapkan, jangan menggunakan orang tengah atau media sosial. Berjumpalah dengan si dia secara bersemuka sebagaimana anda pernah ingin memiliknya suatu ketika dahulu. Jadilah lelaki yang berani menghadapi kenyataan bukan sekadar lelaki yang tahu memberi harapan.


4. Minta maaf kepada si dia.


Setelah keputusan dibuat, mintalah maaf kepada si dia dan jangan meminta kembali hadiah yang pernah anda berikan. Wanita pula janganlah terlalu merayu kepada lelaki untuk terus bersama. Anggaplah bahawa dia bukan jodoh terbaik buat anda. Maafkan dan lepaskan walaupun anda perlu mengambil sedikit waktu.

 


Kesimpulannya, pertahankanlah hubungan selagi ianya masih berbaloi namun jika sayang telah hilang fikirkanlah jalan yang terbaik buat anda dan pasangan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen