Mereka yang baru bergelar suami isteri pasti awalnya akan merasa kekok dan malu. Terlebih lagi bagi pihak wanita ketika baru sahaja bergelar isteri. Pasti berdebar dalam menghadapi malam pertama yang sangat bermakna untuk setiap perkahwinan.
Untuk mereka yang baru sahaja bergelar isteri, kami akan berkongsi tips bagaimana ingin mempersiapkan diri anda dalam menghadapi malam pertama. Supaya anda tidak terlalu takut atau gemuruh ketika menghadapi suami.
1. Rehat yang cukup
Sebelum majlis bermula lagi anda harus memiliki rehat yang cukup. Kerana anda memerlukan banyak tenaga untuk majlis akad nikah dan majlis bersanding. Belum lagi anda harus melayani tetamu yang datang dan sanak saudara. Sudah tentu jika anda tidak memiliki rehat yang cukup, pada malam pertama anda tiada ‘mood’ kerana keletihan.
2. Bersihkan diri
Selesai melayani semua tetamu, anda perlulah membersihkan diri anda untuk memberi tenaga dan berasa selesa. Jika anda terus masuk ke bilik tanpa membersihkan diri, anda akan berjumpa dengan suami dalam keadaan peluh dan badan berbau. Bukan anda sahaja tidak selesa, suami juga pasti akan terganggu.
3. Berbual-bual dengan pasangan
Mulakan dengan berbual-bual untuk mengurangkan ketegangan atau mencairkan suasana. Suami dan isteri tentu akan kekok sehingga menimbulkan suasana canggung. Boleh mulakan perbualan dengan mengatakan betapa gembira dan bersyukur akhirnya selamat menjadi sepasang suami isteri.
4. Mengikut rentak pasangan
Kebiasaannya lelaki yang akan mulakan rentak dan anda hanya perlu mengikuti sahaja. Anda tidak perlu berfikir keras bagaimana ingin memulakan langkah, kerana itu adalah tugas lelaki yang akan mulakannya terlebih dahulu.
Perasaan berdebar itu adalah perkara biasa terutama dalam urusan malam pertama. Tapi tidak perlu terlalu risau sehingga boleh merosakkan malam pertama anda.
Tinggalkan Komen