Apabila kita mempunyai perasaan terhadap seseorang janganlah memendam perasaan tanpa meluahkannya. Walaupun perkara tersebut mempunyai pelbagai risiko namun kalau tidak mencuba kita takkan tahu kesannya. Jika tidak meluahkan perasaan, bagaimana si dia dapat mengetahui perasaan kita terhadap dirinya, bukan?
Lebih baik meluahkan daripada menyesal di kemudian hari.
1. Luahkan secara 'face to face'
Jika mempunyai perasaan suka terhadap seseorang luahkanlah kepada dirinya. Bertemu dengan dirinya dan luahkan dengan menggunakan perkataan yang senang dia fahami seperti 'saya suka awak' tanpa perlu berkias. Hal ini kerana, besar kemungkinan dia tidak memahami kiasan anda.
2. Berikan 'hint' melalui perbuatan
Cara ini boleh dipraktikkan sekiranya insan yang disukai merupakan seseorang yang sering kita jumpa. Contohnya jika dia rakan sekerja atau teman dekat, maka tunjukkanlah sifat ambil kisah terhadap dirinya. Tetapi, jangan terlalu berlebihan sehingga menimbulkan suasana tidak senang antara kalian.
3. Luahkan melalui media sosial
Pada zaman teknologi serba canggih ini penggunaan media sosial juga memberikan manfaat untuk anda meluahkan perasaan anda kepada si dia. Selain itu, anda juga boleh mengetahui sedikit tentang dirinya melalui akaun media sosial. Sekurang-kurangnya anda mempunyai idea untuk memikat si dia!
4. Ajak keluar
Demi meluahkan perasaan anda terhadap dirinya, anda memerlukan ruang yang selesa dan nyaman. Oleh yang demikian, ajaklah si dia keluar ke tempat yang dia sukai seperti restoran kegemarannya. Sebelum anda meluahkan perasaan anda, elakkan berbual tentang hal-hal yang sensitif agar tidak menimbulkan suasana canggung.
Kesimpulannya, jika kita masih dihantui persoalan dia terima atau tidak, kita perlu mencuba dan berlapang dada dengan keputusan si dia. Hal yang penting adalah anda telah berusaha bukan mengalah sebelum berjuang. Selamat mencuba!
Tinggalkan Komen