Asyik teringatkan si dia, bagaimana ingin 'move on'?

Ketika hati masih lagi sayang, namun si dia pergi tanpa menoleh dan tinggallah diri sendirian. Melihat dia telah bahagia bersama insan yang lain, hati anda terasa begitu sakit.


Berkali bibir mengatakan ingin move on tapi fikiran dan hati masih lagi teringat akan dirinya. Bagaimana ingin move on jika hanya dibibir namun tidak pada perbuatan?

Oleh itu, kami berikan beberapa solusi kepada anda untuk move on.


1. Buang semua kenangan


Setiap kenangan bersamanya adalah sebuah kisah manis ketika sedang hangat bercinta, namun ketika saat putus tiba semuanya telah berubah menjadi pahit.

Oleh itu, buanglah semua kenangan tentangnya.


2. Sibukkan diri


Banyakkan masa dengan pekerjaan atau lakukan aktiviti yang anda tidak sempat lakukan ketika bercinta.

Masa terluang menyebabkan anda sering teringat akan si dia dan ingatan anda akan kembali kepada dirinya. Pergilah beriadah atau luangkan masa untuk diri sendiri seperti membeli-belah atau spa.


3. Jangan 'follow' di media sosial


Berhenti mengikutinya di media sosial kerana anda akan teringat kembali kenangan bersamanya. Lebih-lebih lagi apabila dia telah mempunyai pengganti diri anda.

Hal ini bukan bermakna anda tidak matang, namun menyayangi diri anda merupakan satu keutamaan.


4. Abaikan cerita tentang dia


Terkadang kita mempunyai teman sekerja atau sesiapa sahaja yang mengetahui tentang hubungan kita pasti akan bertanya perihal si dia.

Perkara ini akan menjadi parah jika mereka mula bercerita tentang kehidupan si dia setelah hubungan kalian berakhir.

Apa yang anda perlu lakukan adalah melangkah pergi dan abaikan berita tersebut kerana dia bukan lagi insan yang penting dalam hidup anda.


5. Luangkan masa dengan rakan


Inilah masanya anda meluangkan masa dengan rakan-rakan anda. Ketika anda sedang hangat bercinta, anda jarang duduk semeja dengan rakan-rakan namun kali ini merekalah tempat anda meluangkan masa. Eratkan kembali hubungan silaturrahim dengan mereka kerana tanpa rakan hidup kita akan lebih sepi.


Kesimpulannya, anda berhak bahagia dan carilah sinar kehidupan pada sisi lain pula kerana setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri. Semoga anda terus diberikan kekuatan untuk menjalani kehidupan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen