Bertemu cinta pandang pertama, apakah yang perlu anda lakukan?

Oleh: Siti Nur Ain

Jatuh cinta itu indah. Perasaan hangat dan berbunga mula memenuhi hati terlebih lagi cinta pandang pertama. Bertatap mata dengannya, terus kita berasa lain yang hanya kita rasa apabila memandang dirinya. Itulah yang selalu digambarkan ketika sedang jatuh cinta pada seseorang.

Tetapi pernah tidak anda tertanya apa yang harus anda lakukan ketika jatuh cinta pandang pertama? Terus tanya namanya atau pun terus luahkan anda suka dirinya? Di sini terdapat cara yang boleh dilakukan ketika berjumpa dengan cinta pandang pertama anda.

1. Tanya diri sendiri betul ke itu cinta

Sebelum anda memulakan langkah seterusnya, anda perlulah tanya diri anda adakah betul anda memang jatuh cinta padanya. Bukan kerana rasa kagum, atau semacamnya yang boleh anda salah artikan sebagai jatuh cinta. Kerana jika sebenarnya anda hanya berasa kagum, anda akan lukakan hati si dia.

2. 'Stalk' dirinya

Selepas memastikan benar perasaan anda, ‘stalk’ perlahan dirinya. Bertanya dengan rakan-rakannya jika anda mengenal rakan dia. Adakah dia masih ‘single’ atau hatinya telah dimiliki. Jika hatinya telah dimiliki, lebih baik anda berundur diri kerana tidak bagus merosakkan hubungan yang telah dibina.

3. Tanya pendapat dengan rakan atau keluarga

Minta pendapat dengan rakan baik yang memang anda percaya atau keluarga anda. Adakah dirinya sesuai dengan anda dan minta pandangan pertama tentang si dia. Kerana ketika anda tengah angau dilamun jatuh cinta, anda akan berasa segala-galanya sempurna. Tanpa cacat cela atau berasa dirinya tidak sesuai untuk anda.

4. Luah dengan cara yang betul

Jadilah diri anda ketika ingin meluahkan perasaan. Jangan mengikut cara yang tidak anda sukai atau hanya kerana ingin mengikut ‘trend’ terkini. Tidak perlu juga mengeluarkan wang sehingga ratusan ringgit, kerana dia hanya ingin melihat keikhlasan diri anda. Atau anda boleh menggunakan orang tengah untuk meluahkan perasaan bagi mengelakkan malu apabila cinta anda ditolak.

Anda boleh menggunakan cara ini sebagai panduan ketika anda dilamun jatuh cinta. Tetapi jika anda berasa ada langkah lain sebelum anda ingin meluahkan perasaan anda, anda boleh menggunakannya kerana pilihan itu di tangan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen