Tentu ramai yang ingin tahu mengenai Neelofa yang dikatakan sudah bertemu jodohnya. Baru-baru ini, menerusi saluran Youtube Rosix & Bella, iaitu kakak Neelofa telah membuka rahsia beberapa ciri-ciri lelaki idaman dan personaliti Neelofa yang sebenar.
Dalam video berdurasi hampir 18 minit itu Neelofa sebagai tetamu jemputan dalam segmen Q and A time with Rosix, Bella & Lofa sememangnya mendapat sambutan.

Berjanggut dan mampu bawa ke syurga
Nabilah menyatakan bahawa adiknya itu seorang yang sangat tegas dalam percintaan, serta mengidamkan lelaki berjanggut yang mampu membimbingnya hingga ke syurga. Bukan itu saja, tetapi dapat memberi tazkirah setiap malam jumaat.
“Kalau bab cinta dia sangat tegas dan berpendirian…”
Lofa seorang yang tegas
Malah, kakaknya juga menyatakan bahawa pengacara dan ushawan terkenal itu sememangnya sangat komited terhadap perkerjaan dan sayangkan anak buah-buahnya.
Sempat membuka rahsia Neelofa, Nabilah turut menyatakan bahawa dia bukan seorang yang pembersih serta tidak pandai memasak.
“Lofa sangat komited, bekerja keras dan tegas. Tak tahu masak, tapi sekarang dah tahu. Dalam keluarga, dia bukan paling bersih, dia tidak menang ‘award’ itu. Dia juga sangat sayang anak-anak saudaranya…”
Neelofa pegang pada kata-kata
Menurut Rosix pula yang telah lama berkenalan dengan Neelofa, dia mengenali Neelofa sebagai seorang yang menepati masa dan juga berpegang teguh pada kata-kata.
Malah, Neelofa juga dikatakan seorang yang memikirkan masa depan namun dia juga bukanlah seorang yang kelakar.
“Dia sangat bekerja keras. Mana dia dapat tenaga itu pun tak tahu. Dia bangun awal, tepati masa dan berpegang pada kata-kata. Kalau dia kata itu, itu lah.
“Pendek kata ‘strict’ (tegas). Dia boleh nampak apa nak buat pada masa depan. Dia tak kelakar, tapi dia memberi dan sangat memberi sokongan…”
Terdahulu, kisah Neelofa dan juga PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail mendapat perhatian apabila dikatakan pendakwah bebas itu sudah merisik Neelofa Ahad lalu.
Tinggalkan Komen