Puan Erra Fazira dan suami, pasangan pertama dinikahkan di JAWI dalam tempoh PKPB

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibeberapa kawasan sekitar Selangor, Putrajaya dan juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Segala majlis pernikahan perlu dilakukan mengikut SOP yang ditetapkan malah diadakan di Pejabat Agama berdekatan.


Setiap hari akan ada saja pasangan yang mengambil giliran untuk menjalani majlis pernikahan bertempat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.



Tahniah Erra Fazira dan suami

Menerusi Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, dia mengucapkan tahniah buat Erra Fazira dan juga suaminya yang telah bernikah di JAWI dalam tempoh tidak melebihi 20 minit serta mematuhi SOP yang ditetapkan.



Rupa-rupanya...

Terkejut dengan nama tersebut, beliau mengingatkan yang mendirikan rumah tangga sebentar tadi merupakan pelakon dari filem Sembilu, rupanya hanya memiliki nama yang serupa orangnya berbeza.



Dikesempatan itu juga beliau sempat menitipkan doa agar pasangan tersebut berbahagia dan juga dikurniakan anak yang soleh dan solehah.



Perkongsian beliau itu telah menarik perhatian warganet yang rata-rata terhibur dengan lawak yang beliau lakukan itu. Malah, ada juga yang tertanya-tanya siapa suami pelakon Erra Fazira dan mempercayai berita tersebut.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen