Allah lepaskan kamu dari sesebuah hubungan, tanda sayangkan kamu.

Fitrah manusia adalah berkasih sayang dan apabila menjalinkan hubungan dengan seseorang sudah tentu anda ingin ke fasa yang lebih serius. Namun, apa yang berlaku adalah perpisahan terjadi ditengah jalan.

Sebagai hamba Allah, kita haruslah berlapang dada dengan takdir yang Allah tetapkan.


1. Dia bukan yang terbaik


Apabila kita mencintai seseorang kita akan terus dikaburi dengan kebaikan si dia. Tanpa kita sedari bahawa ada sesuatu tentang dirinya yang mungkin tidak sesuai jika dengan diri kita. Oleh kerana itu, Allah lebih tahu bahawa dia bukanlah seseorang yang terbaik untuk kita.


2. Tanda kasih sayang Allah


Perasaan cinta dan kasih adalah anugerah daripada Allah malah pertemuan kita dengan si dia juga adalah hadiah daripada Allah. Namun, ketika Allah mengatakan bahawa dia bukan jodoh kita itu bererti Allah sedang melindungi kita. Bersangka baik dengan Allah dan yakin bahawa perpisahan tersebut merupakan kasih sayang Allah kerana kasih sayang-Nya lebih besar daripada kasih sayang manusia.


3. Ada hikmah


Setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri malah perpisahan itu juga mempunyai kebaikan buat diri anda. Terkadang kita melihatnya sebagai hal yang buruk namun sebenarnya Allah ingin menunjukkan kepada kita sisi lain pasangan kita.


4. Peluang perbaiki diri


Inilah peluang untuk anda perbaiki diri, mungkin kekurangan yang ada pada diri anda menyebabkan Allah telah menyelamatkan anda dan si dia daripada terus bersama. Setiap yang terbaik akan bersama dengan yang terbaik. Yakin dengan takdir dan perjalanan yang Allah telah susun untuk kita.


Kesimpulannya, mencintai tidak semestinya memiliki namun kehidupan harus diteruskan. Tetaplah mencari kebahagiaan walaupun tidak lagi bersamanya. 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen