"Terima kasih Kak Nana, saya akan bawa kebaikan dan kasih sayang akak sehingga ke lahad..." -Datuk Nurulhidayah

Oleh: Zuzu Yasmine

Satu kehilangan yang menyedihkan bagi Datuk Nurulhidayah yang merupakan anak kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi apabila madunya Datin Bahazanariah Baharudin meninggal dunia awal pagi tadi akibat kanser payudara.


Menerusi Instagram miliknya, setelah bertarung melawan penyakit tahap empat itu sejak Ogos lalu, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan di Damansara, Selangor.

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan mohon ampunkan segala salah silapnya sepanjang kehidupannya. Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayanginya…

“…dan semoga Kakak saya ditempatkan dalam kalangan para solehin,” tulisnya yang turut mewakili suami mereka, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.

Menurut laporan Astro Awani pula, beliau telah menganggap arwah sebagai kakak sendiri apabila arwah sudi menerimanya sebagai madu, malah perkara ini bagai satu kehilangan yang besar buat dirinya.

“Arwah yang beriya-iya minta saya menikahi suaminya kerana beliau mahu memberikan sepenuh perhatian pada kesihatannya sebaik disahkan mengidap kanser payudara.

“Saya tidak tahu bagaimana lagi mahu gambarkan kehebatan arwah. Pengorbanannya akan saya kenang sehingga ke akhir hayat saya.

“Terima kasih Kak Nana atas segala-galanya. Saya akan bawa kebaikan dan kasih sayang kakak sehingga ke lahad,” ujarnya.

Semoga arwah ditempatkan bersama orang beriman.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen