Gadis sebak dapat sarung baju kahwin arwah ibu, rasa macam ibu ada masa nikah

Oleh: Zuzu Yasmine

Pada hari perkahwinan, tentunya ramai yang mahukan ibu bapa mereka turut ada di sisi bagi meraikan hari yang bahagia itu. Namun berlainan pula dengan nasib gadis ini apabila ibunya meninggal dunia sebelum sempat dirinya bertemu jodohnya.


Dikongsikan di aplikasi TikTok, gadis @shrfhainasyza yang lebih mesra dipanggil Ena itu berkongsi rakaman video saat dia melakukan persiapan hari pernikahan bersama jejaka pilihan hati yang sudah berkenalan sejak enam tahun lalu.

Terjumpa baju nikah ibu

Dapat dilihat dalam rakaman tersebut, pada awalnya dia ingin menyewa busana pernikahannya di salah satu butik pengantin.

Namun semuanya berubah apabila dia terjumpa busana pernikahan arwah ibunya yang masih elok dan tersimpan rapi di dalam palastik. Lalu gadis berusia 23 tahun ini memutuskan untuk menyarung busana tersebut pada hari bahagianya.

Dia juga sempat menyatakan bahawa ibunya berkahwin pada usia 22 tahun, malah baju pernikahan ibunya itu sesuai dengan dirinya. 



Terasa ibu turut hadir

Menurutnya, saat dia memakai busana tersebut di majlis pernikahannya dia dapat merasakan seolah arwah berada di sisinya.

Semoga Ena dan pasangan bahagia hingga ke jannah, dan semoga arwah ibunya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen