"Akad nikah tak boleh melebihi 20 minit dan jamuan tak dibenarkan..." - Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Oleh: Zuzu Yasmine

Penambahan kes wabak Covid-19 ini semakin membimbangkan, nak-nak lagi beberapa kawasan yang dahulu sudah zon hijau kini kembali menjadi zon merah. Malah pelbagai SOP juga telah diperkenalkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, namun peningkatan kes membuatkan panduan dan SOP perlu diperbaharui.


Dengan kes yang semakin membimbangkan ini, tentunya banyak persoalan terutama berkaitan hal ehwal agama iaitu urusan akad nikah. Berikutan itu, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah membentangkan SOP terbaharu berkaitan hal tersebut.



Senarai SOP majlis akad nikah yang baru ini dikuatkuasa di kawasan yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

1. Waktu operasi tidak melebihi 20 minit

2. Pastikan kehadiran tidak melebihi 30 orang termasuk 5 individu dalam Rukun Nikah dengan penjarakan fizikal 1 meter.

Panduan buat bakal pengantin

1. Pastikan bakal pengantin telah mendapat kebenaran berkahwin

2. Membuat temu janji

3. Membawa mas kahwin dan dokumen berkaitan sahaja

4. Aktiviti fotografi dibenarkan semasa majlis pernikahan sahaja

5. Jurufoto tidak termasuk dalam 30 orang jemputan tetapi tertakluk kepada pematuhan SOP yang ditetapkan

6. Aktiviti jamuan adalah tidak dibenarkan

Bagi mengelakkan penularan dan jangkitan

1. Adakan kaunter memeriksa suhu badan, dan sanitasi tangan.

2. Daftar kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera atau direkodkan di dalam buku kehadiran.

3. Hanya mereka yang tidak bergejala, bukan kontak rapat kes positif dan bukan dari kawasan PKPD atau zin merah dibenarkan hadir.

4. Sentiasa memakai penutup muka

5. Bersalaman dan berpelukan tidak dibenarkan.

Bukan itu saja, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri juga menjelaskan SOP berkaitan solat fardhu serta solat Jumaat di masjid-masjid.

1. Jumlah jemaah solat diperluaskan sehingga 1/3 daripada kapasiti dewan solat utama masjid dan surau Jumaat bagi zon hijau dan kuning di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

2.Bagi solat fardhu 5 waktu di kawasan zon hijau dan kuning, kapasiti yang dibenarkan adalah tidak melebihi 30 orang jemaah. Tertakluk kepada keluasan deaan solat utama masjid dna surau, dengan penjarakan 1 meter.

3. Bagi Wilayah Persekutuan Labuan yang berada dalam zon merah, jumlah jemaah solat Jumaat dihadkan kepada 12 dan solat lima waktu dihadkan kepada 3 orang. Dalam masa yang sama, aturan ini akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sekiranya wujud zon merah di kawasan tersebut.

Jelasnya, SOP ini berkuatkuasa di Wilayah-Wilayah Persekutuan bermula jumaat, 6 November 2020. Namun untuk negeri-negeri lain, ia tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen