“Ibu Bapa Suka Nak Menunjuk, Punca Anak Tak Kahwin”.

Pemuda Amanah Nasional menyambut baik saranan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar ibu bapa tidak meletakkan hantaran dan belanja perkahwinan yang tinggi. Naib ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, trend mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran dan meletakkan hantaran tinggi yang tidak masuk akal akan membunuh hasrat berumah tangga generasi muda.



Ibu bapa terlalu ikut trend & asyik dengan budaya menunjuk-nunjuk.

“Ibu bapa seharusnya mampu membuat keputusan dan tidak terikut-ikut dengan trend serta budaya menunjuk-nunjuk ini wajar dihindarkan.

“Generasi muda kini tersepit dengan pendapatan yang semakin mengecil akibat kos kehidupan yang melambung tinggi menjadikan ia salah satu faktor untuk tidak atau lambat berkahwin,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. Sebelum ini, terdapat saranan agar ibu bapa tidak meletakkan hantaran dan belanja perkahwinan yang tinggi bagi menggalakkan perkahwinan dan pembinaan keluarga di kalangan generasi muda.



Wang hantaran sebenarnya adat, yang penting mas kahwin.

Tambah Shazni lagi, kerajaan negeri juga boleh memikirkan satu insentif terhadap ibu bapa yang berani mengecualikan hantaran terhadap bakal menantu.

” Sedikit sebanyak, polisi sebegini mampu membuka mata masyarakat untuk menghindarkan adat yang menyusahkan urusan agama (perkahwinan).

“Bagaimanapun, kami sedar bahawa cadangan ini satu kontroversi dan menyentuh persoalan status quo dalam hal ehwal adat justeru kami sedia untuk berdialog dengan semua pihak bagi memulakan ruang perbincangan, setidak-tidaknya kita telah memulakan langkah pertama untuk serius menangani masalah ini,” katanya lagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen