Pangkat bukan halangan, askar lamar juruterbang jadi suri hati rumah tangga

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya bila cari pasangan hidup akan meletakkan sekufu sebagai syarat yang utama. Perkara ini dikatakan penting bagi mengelakkan salah faham dikemudian hari. Bukan itu, rata-rata lelaki biasanya kurang berani untuk melamar seorang gadis yang lebih tinggi pangkatnya. Kerana terlalu percayakan kata-kata enggang sama enggang, dan pipit sama pipit.




Berani mencuba

Namun, berlainan pula dengan pasamgan ini. Kagum dengan keberanian lelaki ini yang mengajak seorang gadis berkerja sebagai juruterbang untuk mendirikan rumah tangga bersamanya.

Perkara ini berlaku di negara seberang dimana, seorang askar, Januardy Ferdiansyah yang hanya sebagai tentera biasa telah melamar Elesta Apriana yang merupakan juruterbang tentera yang terkenal dengan kecantikannya. Ini satu tindakan yang berani kerana mereka berbeza pangkat.

Kenal dibangku sekolah

Rupanya, pasangan ini telah berkenal sejak di bangku sekolah menengah lagi malah pernah terputus hubungan namun bertemu kembali di media sosial.

Mengiambau kembali kenangan lalu, pada tahun 2017 Januardy telah memberanikan diri untuk mendekati Elesta dengan meminta nombor telefon pada mulanya.

Keberanian dan usaha itu lebih penting

Malah, Elesta juga pernah terfikir akan perbezaan gaji mereka namun semuanya berubah apabila melihat kesungguhan dan keberanian lelaki tersebut walaupun mereka berbeza pangkat.

Menurut Elesta, dia menyerahkan hubungan tersebut kepada Allah dan telah mengikat tali pertunangan pada February 2018 dan bernikah pada bulan April.

Jelasnya, sikap suaminya itu yang membuatnya jatuh cinta dan suaminya juga mengajar akan sebuah kehidupan yang sederhana namun bahagia.

“Pangkat tidak mengajar kita untuk merendahkan martabat seseorang,” ujarnya.

Baru saja menimang cahaya mata, kisah pasangan ini sepatutnya dijadikan contoh buat mereka yang masih bujang. Jangan terlalu memandang pada pangkat dan gaji yang tinggi tetapi lihat pada usaha darinya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen