Belanjawan 2021: Akaun 1 KWSP dibenar keluar RM500, golongan bujang dapat RM350

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkara yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat Malaysia iaitu berkenaan Belanjawan 2021. Ini merupakan belanjawan pertama dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional selepas pertukaran kerajaan pada Mac lalu.


Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang membentangkan Belanjawan 2021 di Bangunan Parlimen berkata, kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan penambaikan kadar bantuan dan kategori penerima.

Katanya, bagi kategori bujang berpendapatan RM2,500 ringgit ke bawah bakal menerima BPR sebanyak RM350 ringgit.

Jelasnya, had umur kelayakan individu bujang juga diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.

“Kerajaan akan terus melaksana dan menambah baik bantuan tunai ini secara lebih bersasar,” katanya.

Secara keseluruhan, pemberian BPR ini dijangka akan memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan 6.5 bilion ringgit berbanding dengan 4.3 juta penerima dan peruntukan 5 bilion ringgit sebelum ini di bawah BSH.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen