15 tahun yang bermakna, suami Ustazah Asma' Harun Imbas kembali alam rumah tangga

Oleh: Zuzu Yasmine

Hidup berumah tangga ini bukan sekadar angan-angan yang indah sahaja, tetapi realitinya sangat berbeza dengan apa yang diangankan itu. Sebelum berumah tangga, perlu pastikan kita bersedia hadapi dugaan yang mungkin tidak terjangka. Tapi jangan tak tahu dari ujian dan dugaan itulah akan menjadi detik bahagia dalam rumah tangga.


Seperti perkongsian yang dikongsi oleh Ustazah Asma’ Harun ini, perjalanan hidup rumah tanggnya ini ditulis oleh suaminya Tengku Fazli Tengku Yahya, yang memerhati dan melihat pengorbanan yang dilakukan oleh isteri sepanjang 15 tahun perkahwinan mereka. Walaupun mungkin mencetuskan kebimbangan, tapi itulah salah satu kebahagiaan dalam rumah tangga.

Saat bertunang

Dalam perkongsian itu, suaminya masih mengingati kata-kata Ustazah Asma’ Harun ketika selepas mereka mengikat tali pertunangan mengenai kehidupan susah selepas berumah tangga disebabkan isterinya berasal dari keluarga yang agak senang.

"Ustaz (panggilan UAH buat saya, saya pelajar kejuruteraan), ana cukup senang dan tenang bilamana ustaz ada mengatakan bahawa ustaz tak mampu memberikan kesenangan tapi insyaAllah kebahagiaan, kerana bahagia itu percuma iaitu dengan Syukur".

Mengimbau kembali kenangan saat bakal bergelar raja sehari, beliau masih mengingati bahawa rombongan pihaknya tertinggal barang hantaran, namun terpaksa diteruskan pernikahan kerana jarak rumah yang terlalu jauh mujur belah perempuan memahami.

Awal perkahwinan

Ketika awal perkahwinan pula, pasangan ini hanya memiliki sebuah motosikal kerana pada ketika itu suami Ustazah Asma’ sedang melanjutkan pelajaran. Dengan hanya sebuah motosikal itu juga yang membawa mereka ke mana-mana.

Katanya, hidupnya pada ketika itu serba sederhana, namun bahagia dimana dia tinggal di rumah sewa yang sederhana tanpa mesin basuh serta harapkan wang elauan bulanan sahaja. Malah, bila tiba hujung bulan telur dan kicap adalah hidangan paling kerap dan terenak pada masa itu.

“Belajar menikmati pahit manis kehidupan tanpa keluh kesah. Apa-apa yang diterima diakhiri dengan Alhamdulillah...”

Dugaan melahirkan anak

Beliau juga sempat berkongsi detik menerima anak sulung mereka yang mana dikatakan begitu meletihkan dan memenatkan keduanya. Ujian yang dilalui isterinya itu sangat mencabar sehingga kehilangan tenaga berulang kali dan mengambil masa yang lama.

Jelasnya, kesakitan anak sulung untuk sedikit mencabar berbanding anak-anak nya yang lain. Malah, selepas dilahirkan anak sulungnya itu berdepan dengan masalah kesihatan hingga terpaksa ditahan di wad.

Taruma tapi naluri keibuan...

Disebabkan kelahiran anak pertama itu juga, dikatakan Ustazah Asma’ dikatakan agak takut untuk kembali bersalin tapi naluri keibuan dan juga ingin bahagiakan suaminya dia berjuang kembali di wad bersalin sehinggalah melahirkan tujuh orang anak kesemuanya.



Dikesempatan itu juga, suaminya sempat mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan dan berharap perkahwian mereka kekal ke syurga serta terus berkasih sayang keranaNYa.

 



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen