Gigih cari rezeki buat keluarga, pasangan suami isteri OKU jual kebab sekitar KL dan Selangor

Oleh: Zuzu Yasmine

Rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha, itulah yang sesuai dikatakan pada pasangan suami isteri orang kelainan upaya (OKU) pekak dan bisu ini dalam usaha mereka meneruskan hidup demi mendapatkan rezeki yang halal.


Pasangan ini telah tular baru-baru ini kerana ketabahan mereka yang kurang upaya tetapi masih lagi berusaha melakukan pelbagai cara dalam mencari rezeki buat mereka sekeluarga.

Gigih hantar kebab dari rumah ke rumah

Menerusi Facebook Sofizar Usrah yang membantu mempromosikan kebab pasangan ini dikatakan melakukan jualan ‘cash on delivery’ (COD) dengan menjual kebab dan menghantar ke rumah pelanggan.



Berdasarkan gambar yang dimuat naik gambar pasangan tersebut serta nota yang menawarkan penghantaran kebab di sekitar Selangor dan juga Kuala Lumpur sekitar jam 4 petang.

Bagi memudahkan pelanggan membuat pesanan, pasangan yang dikenali sebagai Salahudin dan Hidayah juga turut meletakkan nombor telefon mereka di nota tersebut.


Turut sedekah pada mereka memerlukan

Menurut Facebook Salahudin sendiri, pasangan ini turut menyedekahkan kebab hasil air tangan mereka kepada mereka yang lebih susah sebagai salah satu cara berkongsi rezeki. Malah, dia juga mengharapkan bahawa rezeki yang diterima itu mendapat keberkatan daraipada Allah S.W.T



Kesungguhan pasangan ini telah menarik perhatian ramai warganet yang mendoakan pasangan ini agar dipermudahkan urusan serta dimurahkan rezeki.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen