JAIM benarkan akad nikah di masjid bagi penduduk zon hijau

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan wabak penularan Covid-19 dalam keadaan membimbangkan, tentunya ramai yang sudah sedia maklum akan panduan dan SOP yang ditetapkan bagi sesiapa yang ingin mengadakan majlis pernikahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.


Jika sebelum ini Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan bahawa majlis akad nikah yang dibenarkan adalah tidak melebihi 20 minit dan perlu dilakukan di Pejabat Agama Islam Daerah berdekatan sahaja.

Akad nikah di masjid dibenarkan

Menerusi laporan Harian Metro, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) hanya membenarkan masjid di zon hijau Covid-19 sahaja untuk mengadakan majlis akad nikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut pengarahnya Datuk Md Azhan Samat berkata, pasangan yang mahu disatukan, namun berada di zon kuning, jingga dan merah perlu melangsungkan akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah.

"Upacara itu pula hanya boleh dihadiri lapan orang iaitu wali, pendaftar atau jurunikah, pengantin lelaki, pengantin perempuan, dua saksi, seorang wakil keluarga pengantin lelaki dan seorang wakil keluarga pengantin perempuan.

"Akad nikah harus dibuat dalam tempoh 20 minit sahaja, termasuk khutbah nikah dan lafaz taklik," katanya.

Patuhi SOP

Katanya lagi, semua pihak yang hadir ketika majlis itu supaya mematuhi prosuder operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan terutama memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal.

Bagi majlis yang diadakan di masjid, katanya, pengurusan masjid perlu memastikan akad nikah berlangsung dalam ruang yang luas dan tetamu diletakkan mengikut jarak fizikal.

Tambahnya, kebenaran penggunaan masjid di zon hijau sahaja adalah untuk memelihara kesihatan jemaah dan mengelak penularan wabak.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen