Sebak lihat ketabahan isteri jaga suami lumpuh, siap bawa ke 'office' kerana bimbang

Oleh: Zuzu Yasmine

Hidup berumah tangga perlu sentiasa ada saat susah dan senang, itu barulah dinamakan cinta sejati. Ini kerana dugaan yang bakal menduga dalam rumah tangga itu belum tahu lagi sebesar mana dan sekuat mana pula bahu untuk memikulnya.


Lebih-lebih lagi jika insan tersayang itu diuji dengan masalah kesihatan yang agak kronik, tentunya segala kekuatan dalam menjaga diperlukan dan sentiasa berdoa agar diberi kesembuhan.

Rindu saat suami masih sihat

Itulah yang dilalui wanita ini apabila berkongsi rasa rindunya saat suami dahulu yang dalam keadaan sihat. Menerusi aplikasi TikTok, wanita yang mahu dikenali Mskiki berkongsi saat suaminya sihat sehinggalah tidak bermaya apabila disahkan lumpuh akibat derita jangkitan kuman pada otak.

Malah, harapan seorang isteri ingin melihat suaminya sihat kembali tidak pernah padam dengan sentiasa menjadi penguat semangat selepas beberapa kali suaminya itu jalani operation di kepala.



Bimbang ditinggalkan seorang

Keikhlasan itu juga terlihat apabila dia terpaksa membawa suaminya ke pejabat kerana bimbang jika suaminya itu ditinggalkan keseorangan di rumah tanpa pengawasan.



Bahkan, suaminya itu juga seorang yang tidak putus asa apabila dikatakan sudah beberapa kali berusaha untuk bangun sendiri.



Perkongsian videonya itu telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata mendoakan kesembuhan suaminya serta kagum dengan kesabaran dan keikhlasan wanita ini dalam menjaga suaminya.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen