Teruja buat kek pisang bersama pertama kali, comel tengok gelagat Mira Filzah dengan suami

Oleh: Zuhaira

Kalau sebelum ini, rakaman video pertama selebriti popular Mira Filzah dan juga suaminya Wan Emir Astar telah mendapat perhatian ramai di saluran Youtube mereka hingga mencecah lebih sejuta tontonan.


Baru-baru ini, Youtube milik pasangan ini #EmirAmirah telah memuat naik video ketika pasangan ini menghasilkan kek bersama-sama buat kali pertama.

Dalam rakaman tersebut, boleh dilihat Mira Filzah dan suaminya begitu teruja untuk menghasilkan kek pisang dengan cara dan resipi sendiri.

Menarik perhatian adalah, Mira lebih untuk menghasilkan acuan, namun suaminya setia di sisi sambil merakam saat isterinya menghasilkan kek berkenaan.


Di akhir rakaman yang berdurasi 15 minit itu, dilihat pasangan ini begitu teruja untuk merasai kek pisang yang sudah siap dibakar. Malah, Mira juga turut menyuapkan kek tersebut ke dalam mulut Emir.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya terhibur dengan gelagat pasangan sejoli ini, malah ada juga yang mengakui pasangan ini kelihatan comel bila bersama.


Anda masih keseorangan?

1,115,260 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen