"Majlis kahwin tidak dibenarkan, SOP akad nikah akan dijelaskan semula." - Datuk Seri Ismail Sabri

Oleh: Zuzu Yasmine

Akibat penularan wabak Covid-19 yang kembali mengganas, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksanakan kembali di seluruh semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan yang bermula 9 November.


Buat bakal-bakal pengantin tentunya akan berasa bimbang sekiranya akad nikah perlu dibatalkan atau ditangguhkan.


Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebarang majlis sosial termasuk majlis perkahwinan masih tidak boleh dianjurkan di kawasan yang terlibat PKPB.

Katanya prosedur operasi standard (SOP) di kawasan PKPB masih berkuatkuasa seperti yang diumumkan kerajaan.

"SOP kita masih sama di tempat lain iaitu setiap majlis perayaan atau majlis sosial tak dibenarkan.

“Majlis perkahwinan, sambutan hari jadi yang besar-besar ni masih tak benarkan. Setakat hari ini statusnya sama tak ada kebenaran di dewan atau di rumah terutamanya," katanya.

Tambahnya, Menteri Hal Ehwal Agama akan terangkan SOP lebih terperinci berkenaan SOP akad nikah.

"Menteri Hal Ehwal Agama akan bentangkan SOP tentang pernikahan, bukan majlis kahwin. Itu pun saya tak pasti sama ada nikah akan dibuat di rumah atau pejabat agama saja.

“Kalau agama lain, mereka mendaftar di pusat pendaftaran agama mereka.

“Tapi untuk akad nikah pasangan Islam, SOP sama ada di rumah atau pejabat agama, akan dibentangkan menteri,” jelasnya.

Malah beliau juga menerangkan bahawa penjelasan tersebut adalah berkenaan majlis akad nikah bukannya majlis kenduri kahwin yang memerlukan kehadiran ramai orang.

“Tapi ia hanya SOP tentang pernikahan bukan majlis perkahwinan besar-besaran yang melibatkan jumlah ramai. Seperti yang kita bincang tempoh hari, pernikahan dibenarkanlah. Nikah tak perlu upacara ramai," ujarnya.

 



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen