Hairul Azreen kongsi rumah kosong jadi 'elegant' lepas diubah suai isteri 6 tahun lalu

Oleh: Zuzu Yasmine

Sering berkongsi ragam dan telatah anak-anaknya, pasangan selebriti Hariul Azreen dan Hanis Zalikha ini sememangnya sentiasa mendapat perhatian. Mana tidaknya, anak-anaknya iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah itu sememangnya comel dengan gelagat masing-masing.



Baru-baru ini, menerusi Instagram Hairul Azreen telah berkongsi keadaan rumahnya sebelum dan selepas diubah suai. Menariknya, rumah tersebut kosong dan hanya berwarna putih sebelum diubah menjadi rumah yang elegant dan sangat selesa mereka buat sekeluarga.


Rupanya, rumahnya telah diubai suai dan dihiasi oleh isterinya Hanis Zalikah selepas mereka bergelar pasangan suami isteri enam tahun lepas.

Kelakarnya, Hairul Azreen sempat berkongsi pertanyaan isterinya apa yang dia mahukan di dalam rumah tersebut tapi malangnya tidak dapat kerana dikatakan mengganggu ruang.

“Dia tanya apa yang awak nak? saya cuma minta meja futsball je tapi tak dapat. Katanya kacau ID dan tak ada space,” kongsinya.

Perkongsiannya itu telah menarik perhatian peminatnya, malah ada yang memuji sikap rendah diri Hanis Zalikah selepas berkahwin dan rata-rata sangat tertarik untuk melihat rumah pasangan ini dengan lebih lanjut.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen