Setiap dari kita pasti menginginkan jodoh datang ketika sudah bersedia. Tidak kira dari segala aspek kerana kita sendiri tahu, bahawa alam perkahwinan tidak mudah seperti disangka. Sebabkan itu juga ramai pasangan belum memutuskan untuk berkahwin kerana tidak bersedia.
Tetapi bagaimana pula jika jodoh datang secara tiba-tiba dan ketika tidak bersedia? Di bawah ini terdapat hikmah yang akan kita dapat tanpa sedari.
1. Mengelakkan maksiat
Kita dapat mengelakkan maksiat kerana tidak perlu mengambil masa selama bertahun-tahun untuk bercinta. Tentunya juga ketika fasa bercinta kita akan keluar berdua untuk meluangkan waktu bersama-sama, terlebih lagi ketika selalu berjauhan. Semestinya syaitan tidak akan melepaskan peluang tersebut.
2. Tidak menimbulkan fitnah
Selalu keluar bersama-sama dengan pasangan akan menimbulkan rasa kurang senang kepada jiran tetangga. Tidak sedap mata memandang terlebih lagi apabila balik sampai lewat malam. Sehingga boleh menjadi fitnah dan membuat malu keluarga kita sendiri.
3. Tidak patah hati
Hampir setiap dari kita pasti pernah mengalami patah hati. Terlebih hubungan sudah masuk bertahun tetapi akhirnya jodoh dia bukan dengan kita. Patah hati, kecewa, sedih pasti akan ada sehingga susah untuk ‘move on’ darinya. Melalui jodoh datang secara tiba-tiba, kita tidak perlu patah hati dan dapat menyembuhkan luka akibat hubungan sebelum ini.
4. Lebih bertanggungjawab
Jodoh yang datang ketika kita belum sedia ini seperti memberi tamparan kepada anda. Membuatkan anda lebih berasa tanggungjawab dan fikir masa hadapan. Sudah tiada masa untuk bermain dan menjadi lebih serius dalam apa sahaja yang anda lakukan saat ini.
Tidak kira jodoh anda sampai lambat atau cepat, sudah bersedia atau belum bersedia anda perlulah terima dengan hati terbuka. Kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Tinggalkan Komen