"Not bad, boo..." - Mira Filzah kagum dengan hasil solekan suami walaupun kali pertama

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau dalam video sebelum ini ramai yang teruja melihat kecomelan gelagat suami isteri ini, bahkan ramai yang tak sabar melihat video seterusnya dari pelakon cantik manis Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar.


Tentunya peminatnya telah mengenali pasangan suami isteri ini dengan lebih dekat, malah telah sama-sama melihat mereka menghasilkan kek pisang di video sebelum ini.

Kali ini pasangan ini telah menunaikan permintaan peminatnya dalam saluran Youtube #EmirAmirah.

Terbaru, Mira Filzah telah meminta suaminya untuk membuat solekan pada wajahnya. Malah, dia juga telah memberi pilihan look yang bagaimana suaminya bakal lakukan daripada ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie.

Pada masa yang sama, Mira akan bertanya beberapa soalan kerapa Emir berkaitan dengan Batman kerana suaminya itu dikatakan peminat setia filem tersebut.

Jika dilihat rakaman tersebut, Emir kelihatan agak janggal kerana pertama kali melakukan solekan namun pada masa yang sama dia cuba mendengar arahan isterinya dengan baik agar hasilnya akan memuaskan hati.

Rakaman yang berdurasi 26 minit seperti dijangka telah mendapat ribuan tontonan. Malah rata-rata peminatnya telah memberi pelbagai reaksi positif dimana mengakui tersenyum melihat gelagat pasangan ini. Ada juga yang sudah tak sabar tunggu video seterusnya.





Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen