Sebak lihat nenek tinggal di pondok usang, Ustaz Ebit Lew bina rumah baru dijangka siap dalam 10 hari

Oleh: Zuzu Yasmine

Tak kira berpanas atau berhujan, Ustaz Ebit Lew akan sentiasa menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan. Kalau sebelum ini beliau telah menghantar bantuan ke Sabah tapi kali ini beliau telah menziarahi seorang nenek yang hanya tinggal di pondok usang.


Warga emas tinggal di pondok buruk

Menerusi Fecebook miliknya, beliau telah datang ke Tumpat dan melihat sendiri keadaan warga emas yang dikenali sebagai Rabiah Jusoh itu. Malah, dipercayai nenek tersebut telah tinggal selama 12 tahun di situ.



Menurutnya, keadaan pondok yang sudah uzur dengan atap bocor, lantai nak roboh serta tidak memiliki tandas sememangnya timbulkan rasa sebak.



Nenek Rabiah ini dikatakan tinggal di pondok uzur tersebut kerana tidak mahu menyusahkan anak-anaknya yang lain kerana mereka juga bukan dalam keadaan yang berkemampuan. Malah, demi menyara hidup dia telah mengambil upah mengopek ikan bilis dengan jumlah pendapatan RM10 untuk 10 kilogram ikan bilis.

Bina pondok baru buat nenek

Bukan sekadar menziarahi dan bertanya khabar, Ustaz Ebit Lew juga telah membina sebuah pondok baharu buat nenek berkenaan agar dapat jalani hidup yang lebih selamat dan selesa selepas ini.



Beliau juga dilihat turut sama membantu proses pembinaan rumah tersebut yang dijangka akan siap dalam masa 10 hari.



Dapat dilihat yang nenek Rabiah sebak dan terharu atas bantuan yang dihulurkan oleh Ustaz Ebit Lew.

Perkongsian ini telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ebit Lew dan seterusnya mendoakan kesejahteraannya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen