Ramai yang menganggap jodoh berdasarkan firasat hati sahaja. Melihat si dia terus hati berdebar dan berkata dialah jodoh yang selama ini anda cari. Tanpa anda sedar, mungkin jodoh yang anda cari selama ini bukan berasal dari debaran hati ketika berjumpa dengannya.
Jodoh datang dengan pelbagai cara. Dan dibawah ini terdapat cara jodoh datang bukan hanya firasat semata-mata.
1. Melihat sekelilingnya
Ketika anda melihat insan di sekeliling ramai telah berkahwin. Anda juga akan mempunyai rasa ingin mendirikan rumah tangga, mempunyai pasangan dan boleh bermanja-manja. Terlebih lagi jika terdapat seseorang yang masih ‘single’ dalam majlis itu menarik perhatian anda.
2. Pilihan keluarga
Terdapat juga jodoh mereka dari pilihan keluarga, tidak kira lelaki atau wanita. Ketika anda berjumpa dengan pasangan dari pilihan keluarga, mungkin anda tidak akan mengalami debaran hati. Anda hanya terima kerana pilihan keluarga sahaja. Tetapi boleh jadi selepas berkahwin anda akan rasa bagaimana jatuh cinta kepada pasangan sendiri.
3. Solat istikharah
Salah satu cara untuk meminta petunjuk adalah melalui solat istikharah. Anda juga tidak tahu adakah mereka yang anda kenal atau tidak kenal langsung. Jadi susah tentunya anda tidak dapat jangka siapakah jodoh yang telah ditetapkan untuk anda.
4. Meminta pandangan
Boleh juga anda mendapat jodoh melalui pandangan rakan-rakan anda. Atau dengan mereka yang lebihb tua dan berpengalaman. Bertanya adakah dirinya sesuai dengan anda. Kerana melalui pandangan mereka juga akan membantu anda mendapat jodoh secara tidak disangka.
Jodoh datang tidak terduga, dan bukan hanya firasat hati semata-mata sahaja. Setiap dari kita pasti berlainan cara jodoh itu datang.
Tinggalkan Komen