"Upacara adat istiadat dalam majlis akad nikah tidak dibenarkan." - Pesuruhjaya JHEAT

Tentunya timbul kebimbangan buat bakal-bakal pengantin yang sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga disebabkan Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Seperti yang sedia maklum, majlis pernikahan adalah dibenarkan manakala majlis kenduri kahwin tidak dibenarkan sama sekali.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), majlis akad nikah di negeri itu hanya dibenarkan dilakukan di pejabat (JHEAT) dan juga pejabat agama daerah susulan (PKPB) dikuatkuasa kerajaan sehingga 6 Disember depan.

Pesuruhjaya JHEAT, Mat Azmi Arshad berkata, arahan majlis akad nikah hanya di pejabat agama itu bertujuan menjaga keselamatan orang ramai dan memudahkan pemantauan pematuhan tatacara.

Jelasnya, pelaksanaan majlis akad nikah di premis persendirian, masjid, surau dan di tempat awam yang lain adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas daripada ketua pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Orang lslam negeri.

“Ahli keluarga dan pasangan juga tidak dibenarkan sama sekali untuk memilih jurunikah, sebaliknya pegawai agama daerah akan menentukan jurunikah dan waktu pelaksanaan majlis akad nikah mengikut jadual disusun dengan mengambil kira perbincangan dengan pihak pemohon.

"Kehadiran ke majlis akad nikah juga perlu diminimumkan iaitu tidak melebihi 15 orang dewasa dan keutamaan hanya kepada yang berkeperluan termasuk seorang jurunikah, pengantin lelaki, pengantin perempuan, seorang wali, serta dua orang saksi bagi pengantin lelaki dan pengantin perempuan," katanya.




Beliau juga menyatakan tempoh akad nikah yang dibenarkan hanya 30 minit setiap pasangan, dan setiap mereka yang hadir perlu mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan.

"Individu yang mengalami gejala seperti batuk, selesema, demam dan sesak nafas tidak dibenarkan hadir pada majlis akad nikah terutama kanak-kanak dan warga emas berisiko.

"Semua yang hadir pada majlis akad nikah hendaklah mendaftarkan nama, alamat semasa serta nombor telefon di dalam borang khas dan perlu diserahkan kepada pegawai agama daerah sebelum serta selepas majlis akad nikah," ujarnya.


Tambahnya, segala upacara adat istiadat dalam majlis akad nikah adalah tidak dibenarkan.


Tegasnya, pegawai agama derah dan Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk diberi kuasa untuk menangguhkan majlis akad nikah jika ada antara ahli keluarga serta pasangan gagal mematuhi tatacara ditetapkan.


 

Anda masih keseorangan?

884,293 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen