Mahu jadi ibu dan isteri yang baik, pelakon Ika Nabella kini berhijab

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai selebriti tanah air sudah mula mengubah penampilan diri mereka menjadi lebih baik dari sebelum ini. Tentunya akan menjadi ikutan bukan saja dalam kalangan selebriti tetapi juga orang ramai.

Terbaru, perlakon Ika Nabella juga dikatakan berada dalam fasa percubaan untuk berpenampilan muslimah. Malah perhijrahan itu dilakukan secara perlahan-lahan kerana bimbang akan terjejas.


Dia yang berharap tindakan itu akan membawanya ke jalan yang lebih baik dan menjadi isteri dan ibu yang sempurna buat keluarganya.

Allah selalu beri yang dimahukan

Menurut pelakon berusia 31 tahun ini, dia sememangnya sudah berniat untuk memakai tudung tetapi masih belum yakin sepenuhnya, namun semuanya mula berubah apabila Allah telah beri apa yang dia mahukan.

“Sejujurnya saya memang dah niat nak berhijab lama tetapi hati saya berbolak balik dan saya dah banyak kali cuba-cuba pakai tudung cuma saya rasa masa tu banyak fikir duniawi dan karier saya.

“Bila sekarang di usia 31 tahun saya dah dapat apa yang saya nak walaupun kehidupan sangat sederhana, bagi saya Allah dah bagi semua yang saya minta.


“Masa bujang dulu saya nak sangat kahwin dan Allah hadirkan suami dan selepas kahwin dalam masa tiga tahun saya doa sangat nak anak.

“Allah kurniakan saya zuriat masa tu saya terdetik apa saya nak semua dapat tetapi saya tak sempurna menutup aurat dan sebagainya,” katanya.



Anak sebagai pendorong

Jelasnya lagi, anak juga merupakan salah satu pendorong dia berhijab dan memulakan perniagaan baru.

“Anak banyak mengajar saya dan memberi dorongan kerana saya nak memori dia dipenuhi dengan benda baik-baik dan lihat saya sebagai role model,” ujarnya.

Malah, dirinya sangat terharu dengan penerimaan suami, keluarga dan peminat yang sangat positif dengan perubahan itu.

Terdahulu, Ika dan suami mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia setahun.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen