Timang anak keempat pada usia 61 tahun, Jamal Abdillah luahkan rasa syukur

Oleh: Zuzu Yasmine

Cukup istimewa tarikh 11.11.2020 buat penyanyi ternama, Datuk Jamal Abdillah, 61, yang mana telah menyambut kelahiran anak keempatnya selepas isterinya Datin Zai Izzati, 25, selamat melahirkan anak lelaki mereka.


Bayi lelaki tersebut diberi nama El Issac Yamani atau dengan gelarannya Zeck bersempena nama karater Jamal dalam filem Azura.

Syukur dapat anak pada usia ini

Jamal berkata, tiada apa yang mampu dizahirkannya selain mengucapkan rasa syukur pada Allah kerana diberikan rezeki cahaya mata.

"Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini. Menerima anak pada usia sebegini adalah rahmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Saya dan isteri menerima kelahiran ini dengan penuh rasa syukur," katanya.


Abang tak sabar jumpa adik

Berita gembira itu juga turut dikongsikan oleh anak sulung Jamal iaitu Yamani Abdillah melalui Instagram miliknya.

Yamani juga berkata dia bersyukur malah tidak sabar untuk bertemu dengan adiknya itu.

Teruja dengan perkongsian itu, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Yamani serta penyanyi lagenda itu kerana menerima insan baru di dalam keluarga mereka.

Penyanyi terkenal dengan lagi Kekasih Awal Dan Akhir itu telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya pada 2017 dan memiliki anak perempuan tunggal bernama Azura.

Terdahulu, penyanyi ini memiliki dua anak iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13 menerusi perkahwinan sebelum ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen