Emiriah Arab Bersatu (UAE) benarkan pasangan belum berkahwin tinggal bersama

Oleh: Zuzu Yasmine

Satu peraturan baru yang pasti mengejutkan semua pihak apabila Emiriah Arab Bersatu (UAE) membenarkan pengambilan alkohol serta pasangan belum berkahwin untuk tinggal bersama.

Pengambilan arak bukan lagi satu kesalahan

Menurut laporan Harian Metro, pengambilan alkohol bukan lagi satu kesalahan di UAE selagi ia dijalankan di bawah lokasi yang dibenarkan.


Dalam peraturan baru itu juga, sesiapa yang minum atau memiliki alkohol atau menjual minuman beralkohol di kawasan yang dibenarkan tanpa lesen tidak akan dikenakan hukuman. Malah sesiapa yang ingin memiliki minuman keras perlu berusia 21 tahun ke atas dan jika didapati menjual minuman berkenaan kepada pengguna bawah umur akan dikenakan hukuman.



Namun, pengambilan minuman keras hanya boleh dilakukan di tempat tertutup atau lokasi awam berlesen.

Berlainan jantina dibenarkan tinggal serumah

Bukan itu sahaja, jika sebelum ini pasangan yang tidak mempunyai ikatan sah atau rakan serumah berlainan jantina tidak dibenarkan tinggal bersama. Namun buat pertama kalinya, undang-undang baharu itu turut membenarkan pasangan belum berkahwin untuk tinggal bersama.

Pengumuman dasar baharu itu diumumkan Sabtu lalu di mana ia dilaksanakan bagi memastikan bahawa undang-undang UAE memenuhi keperluan berbeza dari semua latar belakang, agama dan warganegara memandangkan individu dari hampir 200 negara menetap di UAE.

Undang-undang baru yang lain

Pembaharuan ini mempengaruhi undang-undang berkaitan perceraian, wasiat dan pembahagian harta, alkohol, bunuh diri dan perlindungan wanita.

Sebelum ini, perbuatan bunuh diri atau cubaan bunuh diri dianggap sebagai jenayah dan boleh dikenakan hukuman. Namun, sehingga kini, tiada individu yang didakwa atas kesalahan berkenaan.

Di bawah undang-undang baharu ini, polis dan mahkamah akan memastikan mereka yang melakukan percubaan bunuh diri mendapat sokongan kesihatan mental tetapi sesiapa yang didapati membantu seseorang individu untuk membunuh diri akan menghadapi hukuman penjara.


Selain itu, peraturan baharu ini juga membabitkan isu berkaitan perceraian dan pembahagian harta pusaka. Sekiranya pasangan berkahwin di negara asalnya, tetapi bercerai di UAE, undang-undang negara asal mereka akan digunakan.

Bagi pembahagian harta pusaka, jika kematian berlaku di UAE, pembahagian boleh dilakukan mengikut negara asal mereka, kecuali jika si mati meninggalkan wasiat.

Menurut laporan The New York Times, undang-undang baharu itu diperkenalkan sebagai usaha untuk meletakkan UAE sebagai jenama global untuk menarik pelancong asing, profesional dan pelabur.

Hampir 90 peratus daripada 10 juta penduduk di UAE adalah warga asing khususnya dari Amerika Syarikat, Eropah dan negara Arab.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen