"Siapa He?" - Neelofa terlepas cakap pasal kekasih hati saat siaran langsung jadi perhatian

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang tak tergoda dengan sales 11.11 yang lalu? Pasti ramai yang rambang mata melihat pelbagai tawaran dan potongan harga yang disediakan. Masa inilah nak beli barang apa yang diinginkan.

Ramai peniaga akan mengambil peluang ini dengan melakukan pelbagai promosi dan tidak ketinggalan Neelofa yang juga usahawan turut mengambil inisiatif dengan mengadakan siaran langsung bersama dengan influencer, Sarancak.



Namun bukan promosi sahaja yang mendapat perhatian dari peminatnya tetapi apa yang terlepas dari mulut Neelofa saat program itu bersiaran yang sempat dirakam oleh pengikutnya menjadi tumpuan.

Siapa He?

Menerusi program berkenaan, Neelofa dikatakan sedang memperkenalkan produk terbaru keluarannya dengan memakai tagline Semanis Cinta Pertama.

Ketika sedang asyik berkongsi, secara tiba-tiba Sarancak selaku pengacara jemputan secara tidak langsung bertanya “Siapa He?”.

Tanpa sebarang jawapan, Neelofa hanya tersipu malu disebalik niqabnya dan siaran berkenaan terpotong.

Haris lebih suka susu pisang

Namun, apabila siaran bersambung semula, Haris yang juga seseorang yang dikait rapat dengannya gemar susu pisang berbanding mangga.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian dari peminatnya, malah rata-rata tahu siapa yang dimaksudkan itu.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen