BFF Aku Jodoh Aku

Oleh: Bella Bahrin

Hai, nama aku Syakir. Berasal daripada Selangor dan masih menetap di Selangor. Sudah berkahwin dan memiliki seorang cahaya mata. Aku bukan nak cerita tentang kehidupan aku sekarang, tapi aku ingin bercerita tentang bagaimana perjalanan cerita cinta aku dengan wife aku. 

Aku mengenali isteri aku ketika kami masih sekolah menengah dan dia merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolah. Berbeza dengan aku yang hanyalah pelajar biasa. Selain itu isteri aku juga ramai peminat, masa tu aku tak berminat lagi dengan dia sebab aku pun sedar diri siapalah aku ni. 

Bila dah habis sekolah menengah, tak sangka aku dapat tawaran ke universiti dan lebih mengejutkan aku dapat tempat belajar yang sama dengan dia. Aku pun tak tahu pada awalnya, namun kami berjumpa semasa sesi mendaftar. 

Disebabkan satu sekolah, hubungan aku dan Hani menjadi lebih akrab di universiti sehingga ada yang mengatakan aku dan dia seperti pasangan kekasih. Tapi, aku menafikan begitu juga Hani kerana ketika itu aku masih menganggapnya sebagai teman rapat. 

Setelah setahun belajar, aku mengetahui Hani menyukai seseorang dan dia meminta aku untuk ‘merisik’ crush dia tu. Masa tu aku tak tahu kenapa aku rasa kecewa dan cemburu, tapi aku tetap tolong dia. 

Sejak dari itu Hani dan Ali semakin rapat dan aku perlahan-lahan menjauhkan diri dari mereka berdua. Entah, aku tak tahu adakah ini perasaan cemburu sebagai kawan atau kekasih?

Pada suatu hari, Hani call aku. Dia ajak aku lepak di kedai makan yang selalu kami pergi dulu. Aku dapat dengar suara dia yang agak berbeza daripada biasa. Aku pun bersetuju kerana hari itu adalah hari off day kerja part time aku, dan bila aku sampai saja di kedai makan, aku tengok Hani sedang duduk di satu sudut meja yang jauh daripada pandangan orang ramai. 

Ketika aku sudah sampai di hadapannya, dia mengukirkan senyuman namun matanya  bengkak seakan baru lepas menangis. Sebenarnya aku nak tergelak tengok keadaan dia, tapi dalam masa yang sama kesian pun ada.  Tapi hakikatnya, aku lebih terasa sakit tengok dia macam tu, dan aku pun buat-buatlah tak nampak keadaan dia. 

“Kau okey tak, Hani?” tegurku. 

Baru saja aku bertanya, terus mengalir air mata Hani. 

Risau tengok keadaan Hani, aku cuba sedaya-upaya tenangkan dia. Setelah sesi luahan perasaaan, barulah aku tahu rupanya Ali seorang playboy dan dah ada tunang, itupun selepas Hani kena serang dengan tunang Ali di restoran. 

Aku terkejut dengar cerita dia, sebab jujur aku jarang contact Hani lepas dia dah ada kekasih jadi aku pun tak tahu tentang hal ni. 

Dipendekkan cerita lepas kejadian tu, Hani dah tak nak bercinta dengan mana-mana lelaki. Aku pula memang tak pandang orang lain, sebab aku rasa aku dah jatuh cinta dengan Hani cuma aku tak luahkan sebab nak jaga hubungan persahabatan. 

Setelah kami habis belajar dan masing-masing dah ada kerjaya, kami semakin kurang berhubung. Dia banyak habiskan masa dengan kerja begitu juga dengan aku, matlamat aku nak luahkan perasaan pada Hani masih tersimpan kemas, hanya waktu saja yang belum mengizinkan aku untuk buat semua tu. 

Suatu hari tu, aku tengok Hani upload gambar dia di fb dengan caption,

“Aku dah bersedia nak kahwin, yang berkenan tu bolehlah masuk meminang,”

Aku yang membaca caption tersebut rasa terpanggil untuk meluahkan perasaan aku. Inilah masa yang sesuai untuk aku melamar Hani. Aku menghubungi Hani dan mengajaknya untuk bertemu di sebuah restoran. Setelah berbual santai aku pun tanyakan satu soalan kepada Hani.

“Hani, kau ada boyfriend tak?”

“Kenapa kau tanya?” 

“Aku nak ajak kau kahwin,” ujarku.

Hani senyap dan lepas beberapa saat dia tanya aku serius ke dengan lamaran ini. 

Aku kata, ya. 

Hani senyum dan jawab, “Pergilah jumpa mak ayah aku.”

Selepas Hani bagi green light, aku terus berjumpa mak ayah Hani dan nyatakan tujuan aku. Aku takut juga kalau hajat aku ni ditolak oleh keluarga dia, dan alhamdulillah lamaran aku diterima.

Dua bulan kemudian, kami pun akhirnya bersatu dalam ikatan yang suci. Dia yang dulunya aku anggap sebagai sahabat kini dah sah menjadi isteri aku. Aku bersyukur sebab dia sudi terima aku sampai ke hari ni, dialah sahabat karib dan kekasih aku dunia akhirat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen