Lelaki ikhlas terima 'cancer fighter' sebagai teman hidup undang sebak ramai

Oleh: Zuzu Yasmine

Berkahwin dengan seseorang yang kita cintai tentunya melahirkan rasa bahagia. Nak-nak lagi kalau sudah bertahun-tahun menyimpan kasih. Tapi lebih hebat lagi cinta itu apabila ikhlas terima pasangan seadanya. Tak kiralah apa jua keadaan sekali pun, itulah yang menjadi bukti keikhlasan cinta itu.


Ikhlas terima isteri seadanya

Seperti pasangan ini yang baru sahaja mendirikan rumah tangga ini. Keikhlasan seorang lelaki menerima isterinya dalam apa jua keadaan sememangnya menyentuh hati ramai pihak.

Menerusi perkongsian Izyan Izdihar Shaarani yang mulanya berkongsi foto perkahwinan anak saudara kesayangannya. Walau bagaimanapun telah mendapat perhatian warganet kerana dalam beberapa keping foto yang dikongsi itu, terlihat pengantin perempuan hanya terbaring manakala pengantin lelaki tak lekang dari senyuman.



Satu dalam sejuta

Rupanya pengantin perempuan Fatihah Aireina atau lebih mesra dipanggil Nina merupakan penghidap kanser limfoma yang kini berada di tahap empat.

Walaupun begitu, keikhlasan pengantin lelaki, Aiman yang menerima Nina sebagai isterinya yang sah tentunya mengudang rasa sebak. Boleh dikatakan satu dalam sejuta untuk temui cinta yang ikhlas sebegini.

Dalam majlis yang serba sederhana kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tetapi pasangan ini tetap tersenyum kerana majlis mereka dikeliling oleh ahli keluarga yang ada.

"Semoga Nina cepat sembuh..."

Dalam perkongsian Izyan juga, dia turut meminta doa ramai akan kesembuhan anak saudaranya itu. Malah menyifatkan Nina sebagai seorang gadis yang lucu, baik dan juga ceria.

Perkara ini telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata terharu melihat pasangan ini, malah turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini serta kesembuhan Nina.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen