Anak bunuh bapa, berang ditegur leka bermain telefon

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak sangka tindakan di luar batas, seorang anak dikatakan berang selepas ditegur bapanya yang leka bermain telefon bimbit telah sanggup membunuh bapanya dengan pisau.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku kira-kira 9.30 pagi di sebuah rumah, di Simpang Pertang, Jelebu hari ini.


Bunuh sebelum larikan diri

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, mangsa, Tan Yin Fah, 59, maut di tempat kejadian selepas ditikam suspek pada bahagian depan dan belakang badan.

"Mangsa dipercayai memukul belakang suspek dengan kerusi plastik sebelum suspek menikam mangsa dengan pisau," katanya.

Maslan berkata, selepas menikam mangsa, suspek, 35, melarikan diri namun ditangkap 20 minit kemudian sebaik kejadian dimaklumkan kepada polis oleh jiran.

Katanya selain suspek, ibu mangsa berusia 85 tahun turut tinggal bersama mangsa di rumah berkenaan.

Hasil siasatan awal mendapati ibu mangsa sebelum itu keluar berjumpa saudaranya berhampiran rumah dan tinggal mangsa bersama suspek sebelum berlaku pertengkaran.

Kerap bertengkar

Walau bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan dan motif kejadian manakala polis akan membuat permohonan reman suspek esok.

Jiran yang enggan dikenali berkata, pertengkaran mulut kedua beranak itu bukan pertama kali sebaliknya sudah banyak kali berlaku.

"Namun kali ini, tidak sangka pula ia berakhir dengan kematian," ujarnya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen