Gikgu gigih cari line internet dekat luar, sedih bila tak ada 'student' yang 'join' kelas 'online'

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan penularan wabak Covid-19 di negara, pihak kerajaan telah mengambil langkah untuk menutup sekolah dan juga pusat pengajian bagi membendung wabak tersebut dari terus menular.


Namun begitu, pembelajaran masih lagi diteruskan melalui dalam talian bagi membantu para pelajar untuk tidak lupa dan leka ketika berada di rumah. Malah boleh dilihat, pelbagai usaha yang dilakukan oleh para guru untuk pastikan pelajarnya terus mendapat ilmu seperti biasa.

Guru mengeluh murid tak 'join' kelas

Menerusi perkongsian TikTok remaja yang mahu dikenali sebagai Adam Zamri telah berkongsi kisah akan seorang guru yang dikatakan duduk termenung di sebuah kedai makan.

Menurutnya, pada ketika itu dia sedang menikmati sarapan pagi dan terlihat guru tersebut yang resah dan mengeluh akan sikap para pelajarnya yang tidak ambil kisah akan ilmu yang bakal disampaikan.

Sanggup keluar cari internet

Rupanya guru tersebut dikatakan sanggup keluar rumah mencari liputan internet untuk membuat kelas dalam talian bersama para pelajarnya, namun sangat dikesali apabila tiada seorang pun yang menyertai kelas tersebut.

Bersimpati dengan nasib guru tersebut, para pelajar janganlah mengambil kesempatan terhadap situasi ini. Hargai usaha guru yang dilakukan oleh semua guru-guru, itu semua demi masa depan sendiri.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen