Suami nampak 'cool', sempat usik isteri masa akad nikah dapat perhatian ramai

Oleh: Zuzu Yasmine

Lelaki yang kelakar ini sememangnya sentiasa mendapat tempat di hati wanita. Malah, boleh dikatakan lelaki yang romantik dan handsome pun boleh kalah dengan lelaki kelakar ini jika di mata wanita.

Nampaknya personaliti yang kelakar ini sememangnya betul-betul sangat disukai wanita ya.


"Love you suami..."

Pasti ramai wanita boleh bayangkan bila berkahwin dengan seseorang yang kelakar tentunya tak kering gusi dibuatnya. Sama seperti gadis ini yang menyatakan mengapa suaminya ini sememangnya lain dari yang lain.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok Pipit Fitria berkongsi moment indah saat suaminya sedang akad nikah. Memang boleh lihat dari rakaman tersebut yang suaminya ini seorang yang selamba dan juga sentiasa dengan pelbagai gelagat yang melucukan.

"Baby sini baby, sayangku, berlianku, cintaku..."

Suaminya yang bernama Aden Alfurqon itu, bukan saja mengusik isterinya yang sedang nervous tetapi sempat berguaru dengan Tok Kadi sehingga membuat semua tetamu hadir turut ketawa.

Sikapnya yang bersahaja itu juga membuatkan dia tak sengan memanggil isterinya dengan gelaran manja di hadapan orang ramai. Aduh, merah padam muka isteri tu.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet juga terhibur dengan sikap suaminya itu, malah menyimpan keinginan untuk memiliki seperti ini. Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh menyatakan bahawa lelaki kelakar ini sememangnya mendapat tempat di hati wanita.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen