Berang kerja tak minta izin, suami tikam perut isteri hingga cedera parah

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara berkerja tanpa meminta izin pada suami terlebih dahulu, seorang wanita cedera parah akibat ditikam suami sendiri dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Iboi, Kupang di sini semalam.


Bertengkar sebelum ditikam

Menerusi laporan Kosmo Online!, kejadian berlaku kira-kira 7 pagi itu, mangsa merupakan pekerja kilang berusia 36 tahun bertengkar dengan suaminya berusia 33 tahun yang berada di luar rumah.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali memberitahu, suspek kemudian bertindak menendang pintu dapur dan meluru masuk ke dalam rumah.

“Suspek terus masuk ke dalam bilik isterinya dengan memegang pisau pendek dan berlaku pergelutan sebelum suspek dilihat keluar dari bilik tersebut untuk melarikan diri...

Mangsa ditikam di perut

Dikatakan, ibu mangsa turut berada dalam rumah berkenaan terkejut melihat keadaan anaknya yang cedera parah itu segera menghubungi jiran bagi mendapatkan bantuan.

“Ibu mangsa kemudian masuk ke dalam bilik berkenaan dan mendapati anaknya mengalami cedera di perut,” katanya.

Mangsa yang dikatakan mendapat tikaman sebanyak dua kali di tempat berbeza di bahagian perut sebelah kiri dengan kedalaman tikaman kira-kira tiga sentimeter bagaimanapun dalam keadaan stabil setelah mendapat rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani.

Syed Basri berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas suspek berang dengan tindakan mangsa bekerja di sebuah kilang di Kulim dekat sini tanpa memberitahunya terlebih dahulu sebagai seorang suami. Kini, suspek sedang diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen