Hadiah Dari Tuhan

Oleh: Bella Bahrin

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca. Terima kasih admin post cerita ni. Aku tak pandai menulis jadi aku harap pembaca faham apa yang aku nak sampaikan dalam cerita aku. Segala kekurangan harap dimaafkan.

Satu ketika dulu, cara hidup aku bertentangan dengan agama islam.  Hidup aku bebas tanpa batas dan aku tak kenal apa yang halal ataupun haram. Semuanya aku sapu. Aku tak ada didikan agama dan langsung tak pernah diajar apa tu hidup beragama. Aku cuma anak yatim piatu yang hidup dalam lembah maksiat.

Mak ayah aku meninggal masa usia aku 6 tahun. Pada awalnya aku dijaga oleh Makcik aku tapi aku tak suka tinggal dengan dia. Jadi, Aku ambil keputusan untuk sara hidup aku masa umur aku 13 tahun. Mula-mula aku kerja sebagai tukang cuci pinggan di restoran mamak, dan gaji pun tak adalah banyak sekadar cukup-cukup makan saja.

 

Tapi, lepaslah juga untuk bayar yuran sekolah dan aku jadi tukang cuci pinggan sampai umur aku 15 tahun. Masa ni, aku dah bosan kerja macam tu aku nak cari kerja lain. Aku jumpa  seorang akak ni, dia offer aku satu kerja. Nama akak tu, kak Nad. Dia kata kerja aku senang, cuma perlu layan orang saja tapi gaji besar. Aku tak fikir apa, aku terus setuju dengan offer akak tu dan tanpa aku tahu, rupanya disitulah titik hitam bermula dalam hidup aku.

Kak Nad pandai berkata-kata dan semua kata-katanya sangat menyakinkan lebih-lebih lagi budak macam aku. Masa tu aku cuma nak duit untuk hidup dan aku tak kisah buat apa pun. Akhirnya aku telah menjadi mangsa pelacuran. Hidup aku memang mewah tapi tak berharga. Usia muda aku habis macam tu saja tapi aku tak pernah benci Kak Nad sebab dialah insan yang jaga aku walaupun dia yang bawa aku masuk ke lembah hitam ni. Kak Nad bukan ibu ayam, dia cuma orang bawahan dan aku dibawah jagaan dia. Setiap tindak tanduk aku diperhatikan oleh kak Nad tapi Kak Nad layan aku berbeza, dia lindungi aku macam adik dia.

Walaupun aku pelacur, tapi kak Nad tak pernah halang aku belajar malah dia selalu support aku untuk terus belajar sebab dia rasa aku ada potensi untuk pergi jauh. Dia dah dapatkan kebenaran dari bos besar untuk aku sambung belajar dan satu perkara yang aku syukuri adalah aku masih diberi peluang untuk ubah hidup aku.

Aku akhirnya berjaya masuk ke sebuah universiti swasta dan mengambil bidang perniagaan. Kak Nad tak membantah dan kak Nad juga yang meminta izin daripada bos besar untuk sambung belajar lagi. Aku terpaksa buat jadual untuk bahagikan masa aku antara belajar dan juga bekerja. Kadang, aku minta bantuan kak Nad untuk cover aku bila aku ada discussion group waktu malam dan Kak Nad selalu tolong aku.

Suatu hari, kereta aku ada masalah dan tiba-tiba berhenti tepi jalan. Aku tengok jam dah pukul 7.00 petang dan aku nampak ramai orang. Bila aku tengok tepi, rupanya kereta aku mati depan masjid dan tiba-tiba, ada seseorang ketuk tingkap kereta aku. Aku terkejut juga yelah, waktu maghrib tengok orang pakai pakaian putih ketuk tingkap. Aku pun buka tingkap tu, makcik tu pun tanya,

“Kereta rosak ke?”

“Ya makcik, tiba-tiba saja mati,” Jawabku.

“Kalau macam tu, masuklah dalam masjid dulu. Kunci kereta elok-elok. Nanti ikut Mak Leha balik.”

Untungnya, hari ni aku memakai pakaian yang sopan sikit dan nasib baik ada sehelai selendang di dalam kereta aku. Mak Leha mengajakku solat tapi aku menolaknya dengan alasan aku sedang haid. Tapi sebenarnya aku tak tahu pun nak solat macam mana.

Lepas habis solat maghrib, aku ikut makcik Leha balik ke rumahnya yang tak jauh dari masjid. Tapi sebelum kami balik tu, dia panggil seorang pemuda yang berkopiah.

“Akmal, nanti tolong bawa kereta tu pergi bengkel ya. Malam ni Sha tidur rumah kita,”

“Okay, Umi. Nanti Akmal bawa. Umi hati-hati balik ni,” Aku hanya memandang pemuda tersebut tapi dia langsung tak memandang aku.

Sepanjang aku dekat sana, aku belajar banyak benda. Mak Leha ajar aku solat, mengaji dan dia juga belikan aku telekung. Entah kenapa, aku rasa seronok sangat tinggal dengan Mak Leha. Rasa macam ada mak dan Mak Leha seorang yang sangat menerima aku walaupun aku ni sebenarnya bukanlah gadis yang suci. Dia tak pernah pandang serong dan selalu sokong aku buat baik.

Seminggu kemudian, kereta aku dah elok dan Kak Nad pun dah telefon aku suruh balik. Sejujurnya aku tak nak balik sebab aku rasa dah tak nak teruskan kerja tu lagi tapi, siapa aku nak lawan mereka. Mak Leha hadiahkan aku sehelai tudung dan baju muslimah. Katanya sebagai tanda kenangan. Aku meninggalkan Mak leha dan kembali semula ke tempat asal tapi kali ni aku nekad untuk berhenti daripada kerja haram ni.

Sampai saja di rumah, aku terus jumpa Kak Nad dan aku terus terang nak berhenti daripada pekerjaan ni. Kak Nad terkejut dengar kata-kata aku tapi, Kak Nad akhirnya setuju untuk berhenti cuma aku perlu pergi jauh daripada sini dan aku kena berhenti belajar. Aku pun melarikan diri pergi ke rumah Mak Leha dan beberpa hari kemudian, aku dengar berita tentang kematian Kak Nad. 

Aku terkejut dan aku hidup dalam ketakutan sebab aku tahu siapa yang buat. Akmal dan Mak Leha meminta aku untuk memberikan keterangan kepada polis dan akhirnya polis berjaya menangkap bos besar serta sarang pelacuran tempat aku bekerja telah diserbu.  Aku sedih dan bersyukur sebab aku dah bebas daripada melakukan pekerjaan haram tu tapi aku sedih sebab kak Nad dah tak ada disisi aku.

Setahun kemudian, aku berkahwin dengan Akmal walaupun pada awalnya aku menolak. Aku sedar aku ni bukan wanita yang baik tapi Akmal sudi terima aku dan dialah yang bimbing aku untuk jadi seorang wanita muslimah mengikut syariat agama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen