Cinta Pertama Ayah

Oleh: Bella Bahrin

Salam kepada semua pembaca. Setiap insan di dunia ni mempunyai kisah sendiri tentang cinta pertama. So, aku nak cerita tentang cinta pertama tapi bukan kisah cinta aku. Cerita ini adalah kisah cinta ayah dan ibu aku.

Aku seorang anak tunggal dan telah kematian ibu. Aku tinggal dengan ayah. Ayah aku seorang jurutera dan sejak kematian ibu, ayah tak kahwin lain. Masa ibu aku meninggal, aku berusia 9 tahun dan masa tu aku nampak air mata ayah menitik tanpa henti. Setiap malam, ayah akan ajak aku baca yasin katanya hadiah untuk ibu. Ayah sangat sayangkan ibu, setiap kali ayah ada masa lapang ayah akan pergi kubur ibu. Aku hanya mengikut saja setiap yang ayah buat. Yelah, aku masih kecil dan tak faham pun kenapa ayah buat macam tu.

Bila aku dah besar, ayah masih buat benda yang sama. Bacakan yasin setiap malam, pergi melawat kubur ibu dan ayah juga selalu masak makanan kegemaran ibu. Kadang aku rasa macam ayah masih tak move on dengan kematian ibu. Tapi, aku tak pernah sarankan ayah untuk kahwin lain sebab aku tak rasa kahwin lain tu boleh buatkan ayah move on. Jadi, aku ajak ayah untuk pindah rumah. Lagi pun, aku dah bekerja dan aku risau kalau ayah duduk seorang. Tapi, ayah tak nak.

“Ayah tak nak jauh daripada ibu,” Ujarnya.

“Kenapa? Sebab ayah tak boleh terima kenyataan, kan?” Mata aku tepat memandang ayah.

“Kalau Ila nak pindah, Ila pindahlah seorang. Ayah tak nak ikut,” Ayah berlalu pergi dan tinggallah aku seorang.

Aku diam bila dengar apa yang ayah kata. Aku pun tak jadi pindah. Yelah, aku pun tak sanggup nak tinggalkan ayah seorang diri. Tapi, sejak aku cakap macam tu ayah pun tak nak cakap dengan aku. Ayah lebih suka menyendiri bila balik rumah. Ayah dah pencen, jadi ayah banyak menghabiskan masa dengan aktiviti sosial. Rumah yang besar semakin sepi dan aku dah tak tahan dengan perbuatan ayah.

Suatu hari, aku cuba bercakap dengan ayah dan kali ni ayah tak mengelak. Aku tanya ayah kenapa ayah tak nak cakap dengan aku. Mula-mula ayah hanya diam dan bila aku tanya lagi sekali ayah pun kata,

“Ayah terasa dengan kata-kata Ila.” Ayah menundukkan wajahnya.

Sejujurnya, aku akui aku khilaf dan aku menyesal dengan kata-kata aku tapi aku ego. Aku terus meminta maaf kepada ayah dengan kata-kata aku. Ayah hanya mendiamkan diri dan ayah kata,

“Ayah dah maafkan Ila.  Ayah pun minta maaf dekat Ila, kalau apa yang ayah buat ni nampak macam ayah tak terima kenyataan kematian ibu tapi… ayah tak sanggup tinggalkan cinta pertama ayah,” Ujarnya.

Aku memandang ayah. Air mata ayah bertakung dan aku nampak ayah menyapu air matanya. Aku baru faham kenapa ayah tak nak tinggalkan rumah ni. Rumah ni banyak sangat kenangan antara ibu dan ayah. Ini rumah pertama yang hadiahkan untuk ibu, rumah ni juga tempat aku di besarkan dan itu adalah kenangan paling indah bagi ayah. Segala keperluan ibu, ayah akan penuhi. Tapi, ada satu perkara yang membuatkan ayah agak terkilan bila ayah tak sempat jaga ibu masa ibu sakit. Dan, perkara tu membuatkan ayah selalu menyesal.

Aku memujuk ayah untuk lepaskan penyesalan tu. Aku tahu kalau ibu ada, mesti ibu sedih tengok ayah macam ni. Ibu adalah cinta pertama ayah dan kasih sayang ayah terhadap ibu tak pernah padam malah, ayah selalu hadiahkan ibu doa.

Kini, ayah pun dah pergi tinggalkan aku dan kubur ayah bersebelahan dengan kubur ibu. Ini pun atas permintaan ayah. Setiap kali aku pergi melawat mereka, aku selalu teringat kata-kata ayah tentang cinta pertamanya.

Sekian tu saja cerita aku tentang cerita cinta pertama ayah dan ibu. Terima kasih kerana sudi baca cerita aku ni.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen