Musim hujan, pengantin PKPB hanya bergambar dalam hujan. Hasilnya cantik sekali!

Oleh: Zuzu Yasmine

Tak lengkap majlis kahwin tanpa sesi fotografi. Walaupun sekarang ini masih musim Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) di beberapa kawasan, namun sesi ini tetap diadakan sebagai tanda kenang-kenangan kelak.

Menjadi masalah buat photographer apabila tiba musim hujan, mana tidaknya sukar nak ambil gambar yang cantik pada waktu hujan ni.


Terpaksa buat sesi outdoor depan rumah

Kalau selalunya, bergambar di bawah cuaca hujan sememangnya bukan pilihan, namun berlainan pula dengan pasangan pengantin ini yang mengambil gambar penikahan mereka ketika waktu hujan.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh Khairul Ikhwan96, yang juga merupakan fotografi pasangan pengantin ini menyatakan bahawa ketika itu waktu hujan menyebabkan mereka terpaksa lalukan sesi outdoor di hadapan rumah sahaja.


Walaupun dalam keadaan hujan, tetapi gambar yang dihasilkan sangat memukau dan mendapat perhatian ramai. Memang cantik cerita dia!

Lepas ini ramai kahwin dalam hujan

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji akan kemahiran photographer tersebut yang bijak mengambil peluang.

Perkara ini juga dikongsikan di laman Twitter yang menyatakan bahawa ia akan menjadi ikutan, malah selepas ini makin ramai pengantin yang bakal kahwin dalam hujan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen