Niat teman 'member' pergi kursus kahwin, tak sangka kahwin dengan kawan sendiri

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang tak sedar kadang jodoh sudah ada depan mata, tapi masih lagi sibuk mencari yang sesat entah ke mana. Memang selalu sangat berlaku, tapi siapa sangka mulanya anggap kahwin tapi rupanya dialah jodoh yang dinanti-nanti selama ini.


Niat nak teman member je, tak sangka berjodoh

Seperti wanita ini, yang dikatakan hanya menemani rakan lelakinya untuk menghadiri kursus perkahwinan mulanya. Tapi tidak sangka rupanya rakannya adalah jodoh yang ditunggu.

Berkongsi di TikTok rakaman saat mereka sedang kursus kahwin, Nurul Hasya sememangnya tidak menyangka bahawa perkara tersebut yang telah menyatukan jodohnya dengan suami Mohamad Ikhmal Asyraf.

Majlis serba ringkas Julai lalu

Berkongsi sedikit moment saat mereka diijab kabulkan, pasangan ini telah memilih busana berona putih dan majlis pernikahan mereka serba ringkas mengikut Standard Operation Procedur (SOP) yang ditetapkan.

Pasangan ini telah disatukan di Pejabat Agama Kepala Batas, Pulau Pinang pada bulan Julai lalu.

Mendapat perhatian ramai, video yang tersebut telah dibanjiri dengan komen tahniah malah ada juga yang berkongsi pengalaman bertemu jodoh ketika menghadiri kursus perkahwinan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen