'Surprise' buat suami tercinta, Isteri pengarah Mael Totey dipuji kerana kekal sederhana

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan hanya sukakan surprise, orang perempuan juga suka lakukan kejutan buat insan yang dia sayangi. Walaupun kecil tetapi usahanya nak buat insan tersayang senyum tu memang patut dihargai.


Baru-baru ini, Anissa Faizul yang merupakan isteri pengarah filem Mael Totey, berkongsi sedikit rakaman video ketika dia ingin lakukan kejutan buat suaminya Syahmi Sazli dengan memberi hadiah papan tanda baru di premis perniagaan mereka.

Menerusi rakaman, pasangan ini masih sama seperti dahulu, Anissa yang kekal manis bertudung sarung serta Syahmi pula santai berbaju tshirt melihat proses memasang papan tanda di premis perniagaan mereka. Tanpa di ketahui Syahmi, Anissa telah menghadiahkan beliau LED box Syahmi Sazli Production.

Boleh lihat jelas wajah terkejut dan juga tersenyum gembira saat melihat hadiah dari isterinya pada ketika itu.



Dalam perkongsian itu juga, Anissa berharap suaminya mula berlajar untuk buat surprise kepada dirinya pula dan berterima kasih kerana sentiasa menjadi tulang belakang buat dirinya untuk terus maju dalam perniagaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya sangat suka melihat pasangan ini yang serba sederhana walaupun sudah memiliki wang ringgit, malah pengikutnya juga turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen