Berikutan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ditembak maut ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand manakala seorang lagi cedera parah dalam kejadian 3.10 pagi hari ini.
Mangsa ialah anggota (PGA) Koperal Baharuddin Ramli, 54, maut terkena tembakan, manakala seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, parah.
Serangan sindiket
Menerusi laporan Harian Metro, sindiket penyeludupan dipercayai menjadi dalang serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan malah serangan tersebut dikatakan dari arah negara jiran oleh anggota sindiket yang kemudiannya melarikan diri.
Punca kejadian dikatakan kerana tindakan pihak berkuasa Malaysia mengetatkan kawalan sempadan terutama di Perlis dan Kedah menyebabkan kegiatan penyeludupan menjadi sukar dilakukan.
Kegiatan penyeludupan lumpuh
Menurut sumber, sindiket sama turut dipercayai melepaskan tembakan amaran ke arah anggota PGA yang sedang melakukan rondaan sempadan di Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 13 November lalu.
"Kes (tembakan) ini ada kaitan kumpulan penyeludup, ada yang tidak puas hati apabila kita ketatkan sempadan.
"Dua anggota sedang berkawal ketika diserang, ada anggota lain dengar bunyi tembakan," katanya.
Tindakan pihak berkuasa mengetatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand sejak Mac lalu, menyebabkan kegiatan penyeludupan terutama membabitkan sindiket dadah dan ketum menjadi lumpuh.
Tinggalkan Komen