Berjaya diberkas suspek tembak dua anggota PGA

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kes tembak anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di pos sempadan Malaysia-Thailand yang menyebabkan seorang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kejadian 3.10 pagi hari ini.

Mangsa Koperal Baharuddin Ramli sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari yang mengalami kecederaan parah.

Menurut sumber terbaru, suspek yang menembak KPL Baharudin telah berjaya di tangkap oleh 69 Komando.

Manakala tiga lagi suspek yang dikatakan terlibat sama juga berjaya diberkas oleh Polis Thailand di Hospital Hadyai ketika sedang mendapatkan rawatan selepas tercedera ditembak oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Terdahulu, Allahyarham yang berusia 54 tahun dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk tindakan lanjut manakala Koperal Norihan yang berusia 39 tahun dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di hospital sama.

Sumber dilaporkan berkata, tindakan pihak berkuasa Malaysia mengetatkan kawalan sempadan terutama di Perlis dan Kedah, menyukarkan kegiatan penyeludupan adalah punca sindiket penyeludupan disyaki dalang serangan anggota PGA tersebut.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen