'First time dating' gadis terkedu ditinggal lelaki di 'car wash'

Oleh: Zuzu Yasmine

Sekarang ramai yang habiskan masa mengadap smartphone mereka. Semuanya boleh dimuat turun terus ke dalam telefon peribadi tak kiralah pesan makanan, tonton drama ataupun permainan game.

Buat yang masih bujang, aplikasi dating tentunya salah satu tempat kegemaran untuk mencari pasangan hidup. Mana tahu terjumpa yang berkenan di hati.



Bermula dengan saling berkenalan di dalam aplikasi itu, ada yang begitu berani untuk berjumpa pertama kali dengan teman maya ini walaupun baru sahaja berkenalan.

Jumpa lelaki di aplikasi dating

Seperti gadis ini yang berkongsi pengalamannya di TikTok. Menurut Lynaamrose, dia memberitahu bahawa ini adalah pertama kali dia akan berjumpa dengan seorang lelaki yang dikenali melalui aplikasi dating dan bakal meluangkan masa bersama.

Ditinggalkan bersendirian

Namun, selepas berjumpa dengan lelaki tersebut, tiba-tiba dia ditinggalkan di sebuah kedai dan lelaki tersebut menggunakan alasan untuk pergi mencuci kereta.

Setelah puas menunggu selama setengah jam, lelaki tersebut masih tidak muncul malah segala panggilan dan juga kiriman mesej tidak berbalas.

Kebetulan wang tak cukup

Dia yang bingung dan tidak tahu apa harus lakukan kerana kebetulan pada ketika itu dia tidak mempunyai banyak wang di dalam dompetnya.

Nasib baik tak lama selepas itu, rakan lelakinya datang dan mengambil dia di lokasi yang dia ditinggalkan itu.



Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya bersimpati akan nasib yang menimpa gadis ini, namun ada juga yang menasihati agar tidak mudah percaya orang yang baru sahaja dikenali.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen