Dia Lelaki Yang Berjaya Mengubahku

Oleh: Bella Bahrin

Hai, nama aku Jiha. Berusia 32 tahun dan telah berkahwin. Aku nak share satu cerita tentang pertemuan aku dengan suami. Nama suami aku, Malik tapi dia bukan Malik dalam KL gangster tu. Dia cuma Malik yang mencuri hati aku. Chia…chia…chia.  Okay, kita kembali kepada niat asal aku tulis confenssion ni tapi sebelum tu, aku minta maaf sebab aku sebenarnya tak pandai nak karang ayat cantik-cantik jadi aku harap pembaca fahamlah cerita aku ni.

5 tahun lepas aku seorang yang berbeza daripada diri aku yang sekarang. Aku seorang yang kasar, kuat marah dan panas baran. Aku bekerja sebagai supervisor di sebuah kilang dan semua pekerja aku dah faham sangat dengan sifat aku. Pantang mereka buat silap aku mesti marah dan tak pernah nak berlemah lembut bila bercakap tapi aku tak adalah nak memaki hamun mereka tanpa sebab. Pekerja dekat department aku selalu bertukar ganti, tak ada yang kerja lama dan paling lama pun sampai 6 bulan. Aku tak kisah kalau mereka nak berhenti sebab aku tahu akan ada saja yang ingin bekerja. Egois sangat, kan?

Sebenarnya, aku jadi macam tu pun ada kisahnya. Dulu, aku pernah bercinta dengan seseorang dan hubungan kami hampir sampai ke fasa perkahwinan tapi kami putus sebab aku dapat tahu dia curang dengan aku. Alasan yang dia berikan adalah, aku ni terlalu baik untuk dia. Aku tahu dia cakap macam tu sebab ikut dialog drama melayu. Tapi, aku tak tahu kenapa disebabkan kata-kata dia aku berubah jadi seorang yang kasar dan paling penting aku tak suka bekerja dengan lelaki. Sebab tu, bila kau dengan pekerja lelaki aku punya garang tu 2 kali ganda daripada biasa. Kiranya, aku jadi anti-lelaki lepas putus dengan ex aku tu.

Sampailah, aku jumpa dengan seorang lelaki ni. Pertemuan kami bermula apabil aku tercalarkan pintu kereta dia tanpa sengaja. Masa tu, aku nak buka pintu kereta dan aku tak perasan pula ada kereta parking dekat sebelah sebab masa aku sampai parking disebelah pintu pemandu kosong. Mula-mula, aku buat tak tahu saja bila tengok calar tu tapi tiba-tiba pemandu dia keluar dan tegur aku.

“Amboi Cik, tak nak minta maaf ke?” tegurnya.

Aku hanya mengetap bibir. Satu sifat aku adalah, aku ego. Aku sangat pentingkan diri dan tak suka meminta maaf.  Jadi, bila dia suruh aku minta maaf aku rasa macam tercabar.

“Saya minta maaf,” Ujarku dan berlalu pergi.

Aku tinggalkan dia tanpa menunggu balasan dari dia. Sebenarnya… jauh disudut hati aku rasa bersalah tapi lantaklah, dia bukan sesiapa pun.

Hujung minggu tu aku pergi giant nak beli barang sikit. Jadi, aku pun nak ambil sabun yang ada dekat rak atas tapi ternyata ketinggian aku tak sampai pula. Aku tengok kiri, tengok kanan kot kot lah ada pekerja yang boleh minta tolong dan malangnya tak ada. Aku pun berusaha juga nak capai sabun tu tapi masih tak dapat. Tiba-tiba, aku tengok ada tangan yang tolong ambilkan dan aku pasti itu lelaki. Bila aku toleh, aku terkejut tengok dia dan dia pun bersuara,

“Eh. Ni Cik yang calarkan pintu saya tu, kan?”

Aku menarik nafas dan rasa bersalah tu datang balik bila dia kata macam tu.

“Terima kasih,” Aku terus berlalu pergi tapi dia mengejar langkah ku dan terus bertanya,

“Nama awak siapa? Saya Malik.”

“Jiha. Saya pergi dulu, ya. Terima kasih tolong saya.” Aku mempercepatkan langkahku dan cepat-cepat pergi bayar. Takut juga kalau dia ikut aku.

Beberapa bulan kemudian, kami bertemu lagi. Tapi, kali ni Malik dah selamatkan nyawa aku. Masa tu, nak lintas jalan tapi aku tak perasan pula ada kereta dan Malik kebetulan ada dekat situ terus menarik aku ke tepi. Aku tak tahulah takdir apa aku dengan dia ni. Lepas kejadian tu, aku dapat tahu yang sebenarnya tempt kerja kami berdekatan dan kami menjadi semakin rapat.

Dia menerima aku seadanya tapi, aku mula rasakan bahawa aku kena berubah. Sebab, aku mula rasakan perangai aku takkan boleh membawa bahagia malah boleh menyebabkan orang benci aku. Sejak jumpa dengan Malik, aku slow-slow jadi perempuan yang ayu. Kurangkan panas baran dan lebih bijak mengawal emosi.

Selama setahun kami berkenalan, Malik melamar aku dan aku macam tak percaya tapi aku terima lamaran dia. Kami mengambil keputusan untuk terus bernikah dan mengadakan majlis persandingan yang sederhana. Aku rasa sangat bertuah mengenali Malik dan aku bersyukur Allah pertemukan aku dengan dia.

Sekian tu sajalah cerita aku. Aku doakan kepada mereka yang belum dapat jodoh tu, percayalah Allah akan berikan jodoh yang terbaik untuk kamu semua.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen