"Tinggalkan dunia selebriti dan kembalilah ke jalan Allah..." - Bapa Da'i Syed

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan dakwaan merogol seorang gadis, nama Da’i Syed kini menjadi perbualan hangat di media sosial.

Perkara ini berlaku selepas seorang pengguna Twitter memuat naik paparan skin mesej yang diterima malah mereka dikatakan turut menjadi ‘mangsa’ pendakwah tersebut.


Susulan fitnah yang diterima, Da’i Syed telah bertindak membuat laporan polis namun tidak memberi sebarang komen akan perkara berkenaan.

Tindakan tersebut diambil bagi membersihkan nama serta melindungi dirinya daripada terus dikaitkan dengan dakwaan tersebut.

Pesan terbuka dari bapa

Dalam pada itu, tular pula satu perkongsian Facebook daripada bapa Da’i Syed yang meluahkan rasa berikutan apa yang berlaku pada anaknya itu.

2 tahun abikan mesej

Menurut Seif Jamalullai, dirinya mendapat segala mesej dan juga pertanyaan akan perkara yang sedang tular ketika ini. Namun, anaknya sudah hampir dua tahun mengabaikan segala mesej yang dihantarkan.


Katanya, beliau hanya mampu berserah kepada yang Maha Esa dalam mengadili perbuatan anaknya dan dapat kembali ke jalan yang benar sebelum terlambat.

Isu ini juga dikatakan sudah lama heboh sehingga mereka letih untuk berdepan perkara tersebut.

"Kami rindu Iqmal yang dulu..."

Jelasnya, perkara yang berlaku ini turut memberi kesan kepada adik-adiknya yang masih lagi belajar. Malah, sebagai seorang ayah, beliau juga meminta individu yang ‘teraniaya’ untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya siasatan dapat dijalankan.

 

Perkara ini telah mendapat perhatian ramai, malah rata-rata mengharap agar perkara ini dapat diselesaikan dan hubungan antara anak dan bapa juga akan membaik.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen