Anak cari ibubapa kandung bangsa Singh lepas 43 tahun terpisah

Oleh: Zuzu Yasmine

Terpisah lama dengan ibu bapa kandung tentunya membuatkan hati ingin berjumpa dan memeluk cium. Tidak kiralah apa yang dilakukan dulu, tetapi ibu bapa kadung tetap ibu bapa kadung selamanya. Itulah permulaan wujudnya di dunia yang indah ini.


Bayi yang pernah ditinggalkan di Hospital Kuala Lumpur dalam keadaan kurang upaya kini mencari ibu bapa kandungnya semula. Menurut perkongsian Nor Christina di Facebook Jejak Kenalan Lama (JKL) Offical dia mencari ibu bapanya yang berbangsa India dan juga Singh.

Bayi OKU, sempat beri nama

Menerusi perkongsian tersebut, bayi yang ditinggalkan itu dalam keadaan Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu tiada lubang dubur atau cloacal exstrophy. Dilahirkan di HKL pada March 1977 oleh wanita berbangsa India manakala suaminya berbangsa Singh.

Pasangan tersebut dipercayai telah meninggalkan bayi dihospital tersebut namun sempat memberi nama kepada anak mereka dengan nama Sharmila Kour.



Tak mampu biayai rawatan

Tambahnya, pihak hospital dan juga polis tidak dapat mengesan jejak mereka namun dipercayai mereka melarikan diri kerana tiada duit membiayai rawatan bayi tersebut.

Katanya, bayi tersebut mendapat rawatan yang rapi dan telah kembali sihat selepas tiga tahun kemudian lalu diserahkan kepada Rumah Anak Yatim Tengku Budriah Cheras.



Jadi anak angkat keluarga Islam

Tidak lama selepas itu, bayi perempuan tersebut telah dijadikan anak angkat oleh pasangan suami isteri Islam dan mendidik anak tersebut sehingga menjadi seorang Islam yang sejati.

Malah, kini bayi perempuan tersebut juga sudah mendirikan rumah tangga dan memiliki keluarga sendiri. Namun, sebagai seorang anak dia masih mempunyai keinginan untuk berjumpa dengan ibu bapa kandungnya.

Ingin bertemu ibu bapa kandung

Tidak pernah berputus asa dalam pencarian yang dilakukan, dia berharap dapat jumpa ibu bapa kandungnya tidak kiralah masih hidup atau sebaliknya.

Jelasnya, pencarian kini lebih berani selepas ibu bapa angkatnya meninggal dunia kerana ingin menjaga hati mereka sebelum ini.



Perkara ini telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata mendoakan agar wanita ini dipermudahkan urusan, malah ada juga yang memberi cadangan agar memudahkan urusan pencarian wanita ini.

Semoga wanita ini dipertemukan dengan ibu bapa kandungnya, InsyaAllah.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen